EXCO HADIRI PERHIMPUNAN BULANAN BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH

Image

 Shah Alam – YB Dato’ Dr. Haji Hassan bin Mohammad Ali, Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Istiadat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, telah melapangkan masa menghadiri majlis perhimpunan bulanan di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 07 April 2008 yang lalu.

Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS) adalah bangunan yang menempatkan beberapa Institusi Islam iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LeZaS) yang secara langsung adalah di bawah kawalan EXCO Hal Ehwal Islam. 

 Perhimpuan bulanan yang dipengerusikan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor telah dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairuddin Haiyon kemudian disusuli dengan nyanyian lagu Negeri Selangor dan lagu “Negaraku” dengan diiringi oleh koir JAIS dibawah pimpinan En. Mahzan bin Abdul Manan. Bacaan ikrar perkhidmatan awam yang diketuai oleh Ustaz Nordin bin Bayadi juga telah dizahirkan oleh pegawai dan kakitangan yang hadir bersama tetamu kehormat.

Sementara itu, YB Dato’ Dr. Haji Hassan bin Mohamad Ali, dalam ucapannya mahukan warga kerja BSIS wujudkan suasana kerja yang menyeronokkan, sentiasa bersikap optimis dan mahu menjadi pekerja yang terbaik. Beliau mahukan semua warga kerja apabila diberi tugasan mereka akan berasa seronok dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

Beliau juga mahukan warga kerja BSIS menanamkan sifat-sifat kerohanian dalam diri mereka, selalu bersabar, bersifat baik, serta sentiasa berbaik sangka sesama warga kerja dan melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan serta menghindari diri dari gejala rasuah.

Turut hadir, YAD Dato’ Setia Haji Mohd Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi, Majlis Agama Islam Selangor, SS Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor, SS Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid, Mufti negeri Selangor, En. Mohd Shahir bin Makhtar, Pengurus Besar, Lembaga Zakat Selangor, Tuan Haji Ali bin Mohamed, Timbalan Pengarah, JAIS serta Pegawai kanan, JAIS, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

                                                            

ImageImage
 
ImageImage
 
ImageImage
 
ImageImage
 
ImageImage

5 Responses

  1. semoga badan2 agama ini memantapkan operasi dan amanah kerja mereka.. JAIS telah memulakan langkah permulaan dgn baik, syabas

  2. pengarah jais jgn jd seperti pengarah jaip perak…di harap dpt beri kerjasama kpd kerajaan PR Selangor

  3. Pengarah JAIS pandai kipas…YB Dato’ mesti tak berani punyer….pegawai LZS yang disiasat BPR hari tu pun tak diambil tindakan pun..dengar khbr lepas macam tu jer…

  4. Assalamualaikum,

    Siapa sasuke dan taksuke ni…Kalau Melayu/Islam sedih betul ada umat begini. Hasad dengki dan jiwanya kotor, kerana itu pemikirannya sentiasa beranggapan buruk. Kan ke lebih baik kalau kita mendoakan agar Pengarah JAIS dan Pegawai LZS yang disiasat itu menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan khusyuk dengan tugasan hariannya. Kita dah bercerita macam-macam, tiba-tiba Allah beri petunjuk pada mereka dan mereka itu tidak seperti yang kita fikirkan. Apa nak jadi lepas tu…nak cari mereka untuk minta maaf. Ingat dosa sesama manusia…kena minta maaf pada manusia tu sendiri. Jadi…biarlah kita lebih bersangka baik pada orang lain. Bertaubatlah…jangan suka bersangka buruk pada orang lain, bimbang kita jauh lebih buruk dari orang tersebut. Wassalam.

  5. Salam,

    Saya menyokong apa yang OrangJAIS katakan. Tak baik kita bersangka buruk pada orang lain, khususnya sesama Islam. Saya setuju dengan dengan satu kenyataan YB Dato’ di akhbar Sinar Harian, di LZS ada lebih 200 kakitangan, yang sedang disiasat hanya sorang, itupun belum disabitkan kesalahan, maknanya pegawai tu belum tentu benar-benar terlibat, masih ada ramai lagi kakitangan yang komited. So jangan buat andaian yang bukan-bukan, nanti kita pulak yang berdosa. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: