Dr. Hassan Ali jelas isu babi, negara Islam

Image Masyarakat Melayu tidak akan dipinggirkan dalam dasar-dasar kerajaan negeri Selangor tetapi ia tidak seharusnya membimbangkan orang bukan Melayu di negeri itu, kata exco kerajaan negeri, Datuk Hassan Ali.

Bukan Melayu juga, katanya, akan diberi peluang yang saksama untuk menikmati kemajuan di negeri termaju di negara itu, kata beliau yang mempengerusikan jawatankuasa hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Hassan yang juga ahli dewan undangan negeri (DUN) Gombak Setia, bercakap panjang lebar mengenai portfolio di bawah jagaannya.

Selain memberi jaminan akan bersikap adil kepada semua kaum, Hassan yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, menerangkan juga tentang rancangannya untuk memperbaiki infrastruktur di Selangor.

Untuk itu, katanya, beliau akan memanfaatkan pengalamannya selama tujuh tahun tinggal di Amerika Syarikat.

Beliau juga menjelaskan tentang kekeliruan yang timbul berhubung agenda negara Islam PAS dan pandangannya tentang isu ternakan babi secara moden.

Berikutan adala petikan wawancara dengan Dr Hassan:

Pada pandangan Datuk, mengapa orang Islam begitu sensitif terhadap itu ternakan babi setiap kali ia dibangkitkan?

Ia bukan sahaja mengenai soal agama, tetapi juga mengenai factor budaya. Mengenai agama, kita harus mengambil pendirian untuk menghormati satu sama lain. Orang lain juga mempunyai keperluan mereka. Islam menghormati keperluan orang lain yang menganut agama lain. Oleh itu, jika dilihat dari sudut tersebut, saya juga akan memberi peluang kepada orang bukan Islam. Mereka perlukan daging babi, mereka makan babi. Jadi mengapa tidak beri peluang untuk mereka mendapatkan daging babi, dan selain daripada itu, kemudahan yang lebih baik dalam menternak babi?

Kedua, bagi agama Islam, babi diharamkan. Mufti kita telah memberi penjelasan yang cukup baik mengenainya. Tentulah ianya haram bagi orang Islam, tetapi membenarkan orang (penganut agama) lain makan babi tidak dilarang. Bagi saya, ia menjadi obligasi pihak berkuasa Islam, seperti saya yang mentadbirkan negeri ini, memberi peluang yang saksama kepada bukan Islam untuk menikmati apa juga dalam ruang lingkup batasan moral dan etika di negeri ini.

Tetapi dari apa yang saya dapat lihat, orang Islam tidak melampau dalam isu ini. Bantahan yang kita lihat itu, saya rasa, telah diperbesar-besarkan, terutama oleh Umno. Bila kita menerangkan bahawa ianya adalah projek Umno dan orang Umno terbabit secara langsung dalam projek ini, sekarang saya rasa masalah ternakan babi tidak lagi menjadi isu besar. Jika Umno terus menerus memainkan isu tersebut, saya rasa mereka sendiri yang akan menanggung akibatnya, bukan kita.

Baca berita lanjut

13 Responses

  1. Tahniah…atas penjelasan Yang Berhormat. Cuma saya nak tanya, mengapa waktu pilihanraya dulu PAS juga yang beria-ia sangat menentang ladang babi tu…tup-tup lepas pilihanraya…PAS sokong isu BABI ni beria-ia pulak….atau dulu PAS menentang sebab pembangkang…dan sekarang PAS menyokong sebab dah jadi BONEKA DAP…

  2. Matilah kau marsupilami,dah kena sakit jiwa sebab BN kalah teruk.Cuba ikut macam PAS kalah atau menang mesti buat kenduri kesyukuran.Umno tak dapat terima hakikat yang dia tak memerintah lagi diselangor ni..he..he…

  3. Assalamualaikum bapakbn,

    bapakbn ni islam ke bukan. Saya rasa bapakbn ni pun bukan penyokong PAS sebab bercakap langsung tak ada adap. Saya agak bapakbn tentu bukan Melayu/Islam. saya tak fikirpun pasal BN ke, UMNO ke atau PAS ke. Tapi saya tak berapa berminat dengan perangai DAP yang suka buat sesuatu, seolah-olah dia paling hebat di dalam kerajaan Selangor.

    Jika dibanding Teresa Kok dgn Hasan ali…Hasan Ali jauh lebih hebat tau bapakbn. Jangan emosi sangat, saya bercakap kerana saya sayangkan bangsa Melayu dan agama Islam.

  4. Waalaikumsalam marsupilami,

    Aku ni masih islam cuma dari segi bangsa tu keliru sikit.Atuk belah ayah aku org Pakistan sementara nenek belah mak aku org Medan jadi aku ni org melayu ke??bagi aku bangsa ni tak berapa penting sangat.Mak bapak aku memang org UMNO karat.aku pernah tanya bapak aku apa misi perjuangan UMNO.Katanya untuk bangsa,agama dan negara.Aku berhujah dengan bapak aku kalau UMNO perjuangkan bangsa kenapa matematik dan Sains diajar dalam bahasa inggeris sedangkan bahasa menunjukkan bangsa….kalau UMNO memperjuangkan agama kenapakah suatu ketika dulu pecat mufti Selangor yang mempertahankan hukum Islam…kalu UMNO mempertahankan negara kenapa pasir dari Johor dijual kepada Singapura…Bila aku utarakan persoalan diatas pada bapak aku dia terkedu tak bolih nak jawap lalu dia marahkan aku,katanya engkau apa tau aku lebih banyak makan garam .Aku juga bertanya persoalan tersebut pada kawan2 aku yang UMNO,mereka pun tak bolih nak jawap jadi aku mengambil kesimpulan yang org UMNO sama saja teori lain praktikal lain.Jadi pada PRU 12 yang lalu aku mengambil keputusan mengundi DAP dan tidak mengundi parti Mak bapak aku iaitu UMNO (BN )…

  5. Assalamualaikum.

    Alhamdulillah, penjelasan dan pengakuan bapakbn yang keliru dengan identiti diri sendiri membuatkan saya tidak terkejut, bapakbn tiada perasaan apa-apa pun ketika memangkah DAP.

    Maaf. mungkin saya agak taksub sedikit kerana saya bangsa Melayu…yang terlalu sayangkan AGAMA dan BANGSA saya. Secara peribadi sampai bila-bila pun saya tidak akan memangkah DAP dalam pilihanraya. Kesombongan Teresa Kok yang dengan rasa bangga mengumumkan projek babi RM100 juta, langsung tidak menghormati ada bangsa Melayu dalam EXCO Selangor.

    Keceluparan Karpal Singh yang menghina dasar Islam PAS juga menunjukkan DAP parti yang langsung tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara. Itu antara sebahagian yang sempat saya catatkan. Nasib baik dalam PAS masih ada TG Nik Aziz, yang berani menyanggah Karpal Singh. Harapkan pemimpin PAS lain…semua senyap.

    Saya harap bapakbn bermuhasabah. Jangan terlalu emosi dengan kemarahan yang tak mampu dibendung. Sewajarnya bersolat tahajjud dan hajat diwaktu malam sebelum mengundi esoknya, mohon petunjuk Allah SWT, itu lebih baik dari bertindak kerana emosi dan kemarahan, kerana sesungguhnya kemarahan itu datangnya dari syaitan. Takbirrrrr…

  6. Andaikata AMNO masih perintah Selangor isu babi tetap jadi kontrovasi samada dibiarkan dengan kandang yg bersepah
    atau dilonggokan di satu tempat.Isunya adalah apakah
    tindakan kerajaan PR Selangor ini betul atau salah….masa
    akan menentukan pada PRU ke 13. Bagi pandangan sy
    adalah baik kita jangan bercakaran dan seharusnya kita beri pandangan membina kepada kerajaan PR Selangor seperti isu babi ini mesti dikurangkan jumlah dari 230 ribu pada tahun 2008
    kepada 20 ke 30 ribu pada lima tahun yang mendatang.
    PAS kena mainkan peranan dalam menyakinkan DAP,MCA
    atau GERAKAN bahawa isu babi ini kalau tak dikawal akan
    buruk padahnya seperti peristiwa JE yg pernah
    mengorbankan lebih 100 orang di Negeri Sembilan. PR kena
    banyak buatkan dialog dengan masyarakat cina mengenai
    matlamat mengurangkan jumlah babi di Selangor. Kajiselidik
    mengenai jumlah permintaan babi mesti dilakukan dan wajib
    di umumkan kepada rakyat Selangor khasnya (Macam tubuhkan
    lapuran kertas putih). Barulah kita dapat menilai isu babi ini
    dengan lebih adil.

  7. Assalamualaikum,

    Sekarang ini di Negeri Selangor telah banyak perternakan babi dijalankan secara bersepah & ada dimerata rata tempat yang berhampiran dengan sungai sungai utama,tahukah kita semua bahawa air yang kita minum di Selangor sekarang ini adalah salah satu daripadanya air sungai yg telah dicemari dengan najis babi..,kalau kita tidak percaya boleh bertanya sendiri dengan pekerja2 “Puncak Niaga”ataupun boleh pergi salah satu tempat diRawang Tin siasatlah sendiri.
    cuba fikir fikirkan mana lebih baik,diternak cara setempat ataupun dibiarkan merata rata?

  8. akum!

    sudah2 la tu saudara…..
    yg sudah biarkan berlalu
    agenda perlu di teruskan demi kesinambungan masyarakat MALAYSIA
    nk gaduh soal babi
    soal ape
    kerajaan semestinya tahu berbuat apa²
    minta maaf lah cakap
    saya lebih percayakan BA dr BN
    sudah bosan dengan janji² BN
    tipu muslihat BN
    cukup la
    naik nanah telingan
    duit pencen pn 50
    hehe mkn kfc ckp abis
    makan tempe hidung cantik
    ape ingat rakyat tak de otak ka haha
    lawak2

    salam

  9. Assalamualaikum,

    Kadang-kadang sedih lihat pemimpin-pemimpin Islam sekadar jadi boneka pemimpin-pemimpin kafir laknatullah. Lebih sedih lagi bila pemimpin-pemimpin kafir laknatullah ini menang kerana disokong oleh pengundi Islam.

    Saya tak kisah sangat…BN ke BA ker…, yang penting bangsa Melayu dan Umat Islam terus dipelihara, dihormati dan menunjangi negara ini, kerana ini. Wassalam. Takbirrrrrr….

  10. Salam,

    Saya rasa jawapan yang dikemukakan oleh YB adalah ringkas dan tidak mencukupi. Sekiranya faktor babi menjadi kebimbangan masyarakat dari perspektif-perspektif agama dan budaya seperti yang YB sendiri katakan, YB di sini cuma menjelaskan perspektif agama sahaja, tetapi silent pula dalam perspektif budaya. Jadi saya harap, YB dapat memperjelaskannya.

    Secara peribadi, saya terkilan dengan pengumuman projek tersebut, lebih-lebih lagi ianya dibuat di dalam tempoh 100 hari pertama ( 24 hari sebenarnya!) pemerintahan kerajaan PR.

    Namun, selepas saya halusi sendirian, perlaksanaan projek tersebut sekiranya dilaksanakan menggunakan teknologi moden dengan berkesan dan mencapai matlamatnya, adalah baik. Ini adalah kerana ia boleh menyelesaikan banyak isu-isu alam sekitar, kebersihan, penternakan haram dan sebagainya yang selama ini tidak dapat ditangani dengan berkesan.

    Tetapi, saya dapati pihak kerajaan Selangor dan YB sendiri (di dalam blog ini terutamanya) tidak pula cuba memperserlahkan kelebihan-kelebihan projek ini. Bukankah continued silence (gaya Pak Lah) adalah tanda kelemahan. Dan “a silent politician is not a politician!”. Sedangkan penentang-penentang politik PR sibuk menggendangkan isu ini di sana sini.

    Dan YB sendiri pun tahu bahawa sekiranya projek ini gagal mencapai matlamatnya, ia akan menjadi suatu bencana politik kepada PR.

    Cukup di sini dahulu, sementara menanti respons YB.

  11. kesian Dato, terpaksa pikul biawak hidup.Saya memang benci babi malahan semua org islam tak suka babi HARAM hujung kaki ke hujung rambut.Sejak zaman kejatuhan Melaka orang portugis makan babi, orang belanda makan babi, orang putih makan babi dan 550 tahun babi ada di malaysia.Masalah UMNO tak jaga najis babi.Seperti telur rosak dah pecah semua berbau.Nak buang bau ni bukan senang satu beg breez belum cukup.Marsupilami ni terlebih cerdik…50 tahun simpan najis babi 100 hari nak buang ? 2 kali PRU pun tak hilang najis di sungai dan pantai.Jika babi ni di biarkan takut cucu cicit matsupilami menyumpah nyumpah bau najis babi.sebab matsupilami suka najis babi merata rata.

  12. Sedihla, ada penyokong parti BODOH dan BANGANG macam babi makhluk Allah ni. Guna nama pun entah apa-apa. Kalau pun ko sokong BABI…takkanlah sampai mcm tu. Nak provok konon, benci babilah, tapi yang pastinya…ko lah BABI tu….BABIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII…

  13. assalamualaikumm..

    salam pd semua saudara seislamku..baca komen2 korang,nk trgelak pun ade..marsupilami dgn bapakbn…hadoiii aii..cube la bg pendapat m’bina sket…last2,leh plak maki2..hai..hai..ape la…cuba istigfar byk2..isu babi ni,biar la pemimpin2 yg bijak pandai tu pikirkan..mgkin diorg lebih arif..ade la jln penyelesaian yg terbaik utk semua..lg 1,setiap alternatif atau jln yg dibuat tu,kite kene tgk +ve n -ve side..jgn la tgk ikut nafsu plak..jgn la taksub sgt..hehe..wahai saudar2 seislam ku..
    wassalammm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: