Lebih 60 Keluarga Menerima Bantuan Mangsa Banjir

ImageGombak Setia, 19 April 2008 – Lebih 60 keluarga di sini menerima bantuan berupa sumbangan kewangan akibat banjir dan ribut yang melanda beberapa kampung di Gombak Setia 1 April lepas. Ini merupakan sumbangan kali ke tiga yang diuruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia selepas kejadian tersebut. Antara kampung yang terlibat ialah Kg. Kerdas, Kg. Tengah, Kg. Changkat dan Gombak Utara dan Gombak Setia

Bantuan tersebut adalah hasil sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor. ADUN Gombak Setia, YB Dato’ Dr Hasan Ali hadir menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa terbabit. Dalam ucapannya YB Dato’ Dr Hasan Ali menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat amat perihatin terhadap kebajikan dan kesusahan rakyat. Beliau juga berjajnji akan memastikan setiap rakyat yang ditimpa musibah akan diberi bantuan yang sewarnya.

Disamping itu, beliau memberi jaminan agihan dan bantuan akan dibuat dengan adil dan saksama tidak mengira fahaman politik dan agama. Mana-mana pihak yang cuba melakukan penyelewengan samaada individu ataupun agensi-agensi terlibat akan diambil tidakan dan rakyat boleh membuat aduan kepada beliau tentang sebarang penyelewengan.

Turut Hadir dalam mejlis tersebut ialah Pegawai Daerah Gombak, Penghulu Mukim Setapak, pegawai Lembaga Zakat Selangor dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penerima sumbangan yang ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas bantuan tersebut.

2 Responses

  1. Masjid Zakaria Gombak Utara kalau hujan lebat mesti masuk air..

  2. jika ada sebarang masalah / aduan , sila panjangkan ke pusat khidmat masyarakat adun gombak setia di alamat n0 64, jln tmn gombak, tmn gombak, 68100, batu caves, selangor, atau datang terus ke alamat di atas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: