Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?

ImageIPOH, 16 Apr (Hrkh)- Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu.

Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno.

Menurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada “di belakang” projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam..

Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang – dilaporkan menelan belanja RM100 juta – daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato’ Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun,� ujarnya.

Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato’ Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi – masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.

Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.

Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato’ Ch’ng Toh Eng dan Dato’ Tang See Hang pada awal tahun lepas.

“Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat.”

“Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk,” katanya.

3 Responses

  1. toyo ni dah la bwa lari documen2 dri suk tempoari, la ni dia lupe plak ape yg dia buat masa jd mb selangor dulu.. nak cakap camne?? perangai2 yg dah biasa dari zaman mahathir dulu, disambung oleh pok leh yg lembek dn lepas ni lg teruk klu dibwh najib mongolia tu

  2. hari ni sume org dah tau sape dibelakang projek babi tu dulu, org2 umno yg wat protes dulu tu nk kate ape lg.. ketua kmpg siap gi jerman tgk babi tau, khir toyo wat tak tau je ke ato mmg bodo

  3. pecat aje lah ketua kampung tu…. mana pernah sebelum ni ketua kampung kena beli dibawa ke luar negara jalan2… lebih baik guna wang tersebut untuk bantu orang2 yg betul2 memerlukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: