RM27 juta untuk Selangor hangus dalam masa 50 hari

KLANG, 15 April (Hrkh) – 54 Adun Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran dahulu membelanjakan peruntukan tahunan sebanyak RM27 juta bagi 2008 hanya dalam masa 50 hari daripada permulaan tahun itu, kata Exco Selangor, Ronnie Liu.

“Amat mengejutkan dan sukar dipercayai apabila para exco mendapati peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 seorang yang bertujuan untuk memperbaiki jalan raya dan longkang telah habis digunakan dalam bulan Februari,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan.

Ronnie Liu, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Tempatan, berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan ke Majlis Perbandaran Klang, semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan minggu lepas untuk mendapatkan penjelasan daripada Adun terbabit sebagai tanggung jawab.

“Kesemua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan,” katanya.

“Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan. tapi buat masa ini kami tidak membuat sebarang spekulasi tentang bagaimana wang itu digunakan, kita tunggu penjelasan mereka,” katanya.

Ronnie berkata, ekoran itu Adun dalam pentadbiran sekarang terpaksa memohon peruntukan baru untuk kegunaan mereka.

“Kami akan memperkanalkan satu sistem di mana setiap sen akan diteliti. Matlamat kami supaya semuanya berjalan secara telus dan rakyat boleh menyemak perbelanjaan kerajaan,” katanya.

4 Responses

  1. nak hairan ape.. dah umno/bn mmg tu keje die perabih duit rakyat, penuhkan tembolok sendiri dn sedara mara.. mcm pm die la, sama je

  2. Apa yg mtdbc tau? setakat komen tak berasas buat apa? Jgn tuduh sebarangan, peruntukan diurus segera utk pembangunan! Takkan tak nampak apa yg ada di selangor?
    YB baru hanya tau nak dedah sana dedah sini…tp keje tak buat lagi!!!

  3. ape pmbangunan yg di buat blues?? pmbangunan yg ada tu dah sedia kala ada lama dah, ni org cite pruntukkan tahun 2008 la.. baru bulan 3 dah abis ni ape cite?? tpt aku ni, 1 xtvt sukan pn x da masa bwn bn tp pruntukan nye ada 500ribu setahun.. cuma ari tu nak pilihanrya bru buat 9 sebelah piala yb india tu, nak tarek pgundila tu tp org muda sume dah bijak2 belaka tp kamu matblues x nak ikut jd bijak sekali ke??

  4. mana matblues ni.. x nak beri komen2 membina ke? kamu tu kan pembangkang jd carilah kesalahan2 kerajaan negeri utk di tunjuk kt rakyat selangor ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: