MB Selangor Beri Penjelasan Isu Babi, MCA Dedah UMNO terlibat

SHAH ALAM, 12 April – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata pihaknya akan turun padang bagi menjelaskan kepada rakyat kenapa kerajaan negeri Selangor ingin meneruskan projek ternakan babi di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat.


Menurut Dato’ Menteri Besar, pertemuan dengan orang-orang kampung itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan projek ternakan babi moden itu dengan mantap berdasarkan dengan keputusan yang dibuat sebelum ini.

“Yaakob Sapari (Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian) akan bertemu mereka bagi menjelaskan keadaan sebenar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke- 22 Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor(GIBS) di sini pagi tadi.

Tambahnya kerajaan negeri juga bersedia mengumumkan kepada semua mengenai kos sebenar, keluasan tanah, tanah siapa yang diambil, berapa banyak bilangan babi yang diternak dan juga berapa banyak pengusaha yang terlibat dalam projek itu.

“Kita telus dan tidak mahu merahsiakan dari rakyat apa yang kita buat,” katanya.

Menurutnya lagi, projek penternakan moden itu selaras dengan rancangan pembaharuan pertanian yang digalakkan kerajan pusat.

Namun begitu katanya ia tidak boleh disamakan dengan cadangan pembinaan insinerator bagi pelupusan sampah kerana ianya memberi kesan berbeza.

Dalam pada itu beliau berkata keputusan untuk meneruskan projek ini dibuat selepas mengambil kira dan meneliti keputusan Exco terdahulu yang dikatakan telah membuat kajian dan lawatan termasuk ke Jerman.

Tambahnya lagi, projek ternakan babi moden itu tidak akan membabitkan peruntukan dari kerajaan negeri sebaliknya kos RM100 juta yang diperkatakan sebelum ini adalah anggaran pelaburan oleh pengusaha ternakan atau pihak yang bakal membangunkannya.


MCA dedahkan Melayu, Umno terlibat dibelakang projek babi Cetak E-mail
Oleh Malaysiakini
Isnin, 14 April 2008
SYARIKAT bumiputera terlibat dalam projek penternakan babi yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya”, kata MCA.

“Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut”

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang – dilaporkan menelan belanja RM100 juta – daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

2 Responses

  1. oklah tu dato mb, terangkan pada org2 yg x berape reti ttg kebaikan yg pr nk buat ni.. puak2 ni cuma tau umno tu lah segalanya, diaorang x tau ke antara babi dan umno tu lebih kurang sama je..

    harap dato mb teruskan usaha demi kebaikan masyarakat selangor supaya x jadi mcm melaka tu, busukk berpuluh2 tahun..

    jadikan selangor negeri terbesih selain terkaya dimalaysia, kita lupakan terus umno diselangor ni.. jadikan sejarah utk tatapan anak cucu kite nnti..

    selangor bermaruah, rakyat bahagia

  2. tgk, mca sendiri pecah lobang.. ape nak cite lg org2 umno pembohong ni.. patut la umno ni bakal jd sejarah, sejarah hitamm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: