Taklimat Oleh Majlis Perbandaran Selayang

YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali hari ini telah meluangkan masa untuk hadir ke satu majlis taklimat yang di adakan oleh Majlis Perbandaran Selayang. Turut serta besama beliau ialah YB Elizebeth Wong (ADUN Bukit Lanjan & EXCO Pelancongan,Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar), YB Amirudin (ADUN Batu Caves) dan YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang).

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Di Pertua Majlis, Tuan Zainal Abidin Bin Azim dan disertai oleh Ketua-ketua dan Pegawai Jabatan-jabatan.

 YB Dato’ Hasan dalam majlis berkenaan mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak Majlis untuk mengadakan taklimat ini dan memberikan ucapan tahniah di atas pencapaian yang telah diperolehi melalui anugerah-anugerah yang di terima oleh pihak majlis. Walau bagaimana pun beliau membangkitkan soal kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat Gombak amnya dan Gombak Setia khasnya samada telah mencapai tahap yang diinginkan. Apakah tahap pengukurnya atau ‘benchmark’ yang digunapakai.

Beliau juga menarik perhatian majlis dengan isu penyelenggaraan bangunan kediaman terutama di rumah pangsa kos rendah seperti di Taman Samudra dan beberapa lagi rumah pangsa yang sempat beliau lawati. Keadaannya sangat tidak terjaga dan tidak kondusif untuk tinggal. Bangunan tak pernah dicat sejak di bina, sampah tidak terurus, peti pos rosak, lampu tangga rosak dan sebagianya.

Tuan Zainal Abidin menyatakan bahawa isu berkenaan masih dibincangkan di peringkat negeri sejak kerajaan Barisan Nasional lagi dan setakat itu masih belum ada cara penyelesaian berhubung dengan perkara tersebut. Ianya berkisar diantara pemaju dan pemilik serta ‘management corporation’. Walaupun begitu satu kaedah perlu di fikirkan bagi menangani isu tersebut.

6 Responses

  1. salam.. kite di dun bt caves ni nak mps berubah wajah, kite x nk semua projek jatuh kt tgn org yg sama je.. baik catering, longkang, papan tanda, siram bunga, pungut sampah ato ape aje msti lah telus dn tranparence.. skrg ni byk projek jth kt tgn sedara mara mps je, yb amir dn dn dato hassan ali mesti bersihkan mps yg penuh dgn korup dn kronisme tu..
    semak fail2 lama dn ungkit kasi tau masyarakat ape yg x btl di mps dulu.. catering tu dpt kat org sg tua saja sbb abang dia keje kt mps dn depa adek beradek ni org kuat umno yg mgutuk dn memaki org pas smasa pilihanrya tmpoari.. yb tlg pecat dia sgera dn tarek balek tender catering tu beri kt org lain yg lebih teluss.

  2. mtdbc – spi hati ko cadang gitu kan elok kalau di beri org berkenaan jaga tandas kat mps….itu barulah dinamakan down grade supaya dia sedar.

  3. alshams- aku stuju la dgn cadangan ko tu, tak terlintas plak .. nnti aku cube usulkan kt yb amirudin tu gerenti dia stuju(?)

  4. mcm ni la org bila br dapat kuasa! mcm tak da isi perut! kita kan ada tender terbuka. masuk je la…kalau mtdbc @ alshams dpt jgn lupa besyukur! sesama islam pun nak dengki. Busuk betul hati org pas ni!

  5. Downgrade kira ok lah tu…tak macam amno totok dapat kuasa habis tutup periok nasi org yg tak sehaluan dgn nyer….mcm matblues tu buat persepsi yg nagetif…tak tentu hala pada PR.

  6. matblues tak tahu apa apa pun pasal PR hatinya yg busuk..jijiknya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: