Menitis Air Mata?

Selaku EXCO Hal Ehwal Agama Islam, YB Dato’ dengan sendirinya telah turun padang untuk memberi mesej yang sebenar mengenai tugas dan tanggungjawab setiap muslimin dan muslimat di negeri ini agar menepati ajaran Agama Islam yang syumul.

Beliau mengulas perkara tersebut dalam khutbah Jumaat yang disampaikan oleh beliau di Masjid As Syakirin, Gombak semalam. Antara inti pati khutbah yang disampaikan oleh beliau ialah mengingatkan diri beliau dan sidang jemaah agar melihat kembali sejauh manakah darjah ketakutan setiap umat yang mengaku Islam terhadap Allah s.w.t. Setiap minggu sidang jemaah diingatkan oleh Khatib tentang ketaqwaan, maka sekiranya ketaqwaan kita tidak bertambah dari minggu ke seminggu maka kita perlu semak semula kenapa ini berlaku. Beliau juga mengingatkan diri beliau serta sidang jamaah tentang kematian yang sentiasa mengampiri setiap insan tak kira setinggi mana jawatan sekali pun atau se kaya mana sekali pun, kematian itu satu kepastian.

Seterusnya, khutbah beliau mengupas tentang jawatan hakiki yang telah dianugerah oleh Allah s.w.t kepada setiap insan iaitu jawatan ‘Khalifah’ yang kebanyakkan orang terutamanya orang Islam telah lupa atau sengaja lupa melaksanakan tanggungjawab ini. Masyarakat kini sibuk mengejar jawatan duniawi sehingga lupa akan tugas dan tanggungjawab tersebut iaitu untuk memenangkan, mempertabatkan serta membesarkan Agama Allah s.w.t. Masyarakat kini sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan jawatan duniawi yang tidak kekal tetapi mereka tidak sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk Agama Islam. Beliau mengambil contoh kedai judi yang mana kebanyakan pengunjungnya adalah orang Melayu yang mengaku Islam. Mereka sedar bahawa perbuatan itu haram tetapi mereka tidak sedar bahawa perbuatan itu telah mencemar Islam itu sendiri dari kacamata bangsa dan agama lain.

Di akhir khutbah, beliau berpesan agar Institusi Masjid memainkan peranan yang penting dan bertindak sebagai satu Universiti bagi melahirkan dan membentuk Khalifah Allah s.w.t.

Khutbah yang telah disampaikan oleh YB Dato’  mendapat perhatian serta menyentuh hati para jemaah dan ada dikalangan jemaah yang khusyu’ mendengarnya telah menitiskan air mata….

Semuga khutbah yang telah disampaikan tersebut akan membuka satu lembaran baru kepada rakyat Selangor amnya dan Gombak Setia khasnya untuk terus berusaha menegakkan Agama Allah s.w.t. kerana masyarakat akan terus dilanda permasalahan demi permasalahan sekiranya gagal menjalankan tugas hakiki terebut sebagai KHALIFAH ALLAH s.w.t.

26 Responses

  1. salam dato’, minta tolong dato check bila surau di section 8 shah alam akan dibuka semula.kami penduduk sekitar sangat berharap ia dibuka semula dengan segera.jazakallah khair

  2. Baguslah kalau YB sendiri beri peringatan pada jemaah. Tp mampu ke YB bawa PR ke haluan Islam sebenar. Bermuafakat dengan DAP dan PKR yang terang-terang bercanggah idealisme….Setahu saya DSAI terang2 nak kuasai Malaysia…macamana PAS pula nak laksanakan hudud? Dulu ckp lain skrg ckp lain!!!!

  3. Alhamdulillah. ini lah pemimpin yang kita hendak. dapat memberikan tarbiah kepada kiat sehingga di mimbar masjid pada hari jumaat.

    TAKBIR!!!!

    matblues: pandangan kamu agak meyimpang dan tersasar dari lapang sasar. sekian

  4. jelir,
    tersasar apa plak! bukan ke PAS dulu berdegar-degar nak lak sanakan hudud? Apahal plak skrg nak jd hero PR? Kalau betul2 nak laksanakannya jayakanlah sendiri! tak mungkin DAP dan PKR nak sokong 100%. PAS mmg susah nak kuasai PR…bukalah minda skit jelir!

  5. Utk makluman, terdapat 7 surau/masjid yang digantung di Selangor. Surau seksyen 8 Shah Alam perlukan tandatangan Sultan.. InsyaAllah akan diselesaikan dalam temph terdekat.

  6. terima kasih byk pegawai khas! tak sabar rasanya menunggu laungan azan berkumandang semula

  7. jgn layan org mcm mat blues ni …pegi la tanya sendiri hal hukum islam kat org yg ariff knp nak bg pandangan sinis kat sini..hudud tu hukum Allah bukan setakat tanggungjawab pas saja tapi semua org islam …lain la kl mat blues ni belum potong lagi…

  8. bang. jangan gopoh. PAS akan beri ilmu dulu. Org islam pun takut hudud inikan org bukan islam. lagi takut. media / BN tak takut2 kan umat kita ni dengan hudud..makan sop tangan pi kelate lah..macam2 mereka takutkan..sabor lah bang ye

  9. Kenapa perlu dilaporkan yg YB jadi tok khatib? Adakah ia disaran oleh islam? Nak menunjuk2 (riak & takbur) lah tu! Apa hukum riak & takbur wahai matblues? Tlg jwb matblues..

  10. wa.. ada makhluk sudah mau bikin panas dalam ini blog..
    nampaknya matblues dan tolakpr cuba nak bakar line..
    sila kemukan kritikan yang bernas la, buat letih orang taip je nak jawab perkara2 yang remeh temeh..
    apa2 pun tahniah pada YB Gombak Setia yang boleh menyampaikan khutbah kepada rakyat jelata untuk menyampaikan mesej Islam..

  11. perkara baik kita wajar beri pujian dan galakkan.. i dont see anything wrong YB beri khutbah.. apa masalahnya? sekian lama teks ucapan dicanang oleh pihak kerajaan yg ternyata tidak memberi impak maxima kepada jemaah.. konsep dan cara penyampaian perlu diubah dan saya yakin itulah yang dibawa oleh Dr Hassan Ali..

  12. Jawapan kepada tolakpr:
    Biasalah YB br naik takhta, hukum riak sudah pasti org itu dikira munafiq. Jangan jadikan masjid medan politik brother!

    hensem: Apa hal lak dgn lu ni! Kalau aku blm potong, apahal lak ko sibuk! Jaga barang lu tu! Kita tegur perjuangan PAS yg mcm lidah bercabang! kejap nak buat kejap tak…mana konsistensi!

    mahadi: itu maknanya kita blm sedia dlm implemen hudud! dan sememangnya syariah islamiah itu bersifat murunah/fleksible mengikut zaman! mengaji dgn PAS mmg la terpesong! Aku persoalkan prinsip asas PAS yg nak perjuangkan Islam tp tak bijak dlm membuat pendekatan! So salah n kalah lah dlm perjuangan! Ingat skit PR takkan dapat laksanakan hudud juga!

    salam_namastee: kalau letih nak jawab takyah jd blogger! Kalau takut kena bakar, jgn menyibuk dalam ini line!

  13. Nyamok suka buat bising di telinga, kalau di beri darah maka diamlah ia. Langau juga suka buat bising dan hanya layak di beri makan tahi….kategori manakah anda matblues?
    Kerja dakwah dalam apa bidang….mestilah dijalankan dgn penuh
    hikmah dan sabar. Matblues jgn cepat buat keputusan.

  14. Aku bkn jenis2 yg alshams sebut! Aku bising dengan perangai pas yang sedut darah melayu n makan tahi bukan melayu! PKR dah menang la ni so apa pendirian PAS? PKR dah beria-ia kata Bakal PM bukan drpd PAS! Tak sedar lagi ke? Masih nak jd sekutu PR?

  15. mat blues dn tolakpr ni pyokong umno ke? x nampak ke rakyat tolak umno/bn, x nampak ke kes2 rasuah, maksiat pemimpin umno/bn.. ape yg ko banggakan??
    5 negeri jatuh ketangan pembangkang, korg x sodar lagi ke rakyat dah menyampah dgn umno/bn ni, yg korang sebuk myokong apehal?? korg dah jd pembangkang kt selangor ni jd bangkanglah benda2 yg baik mcm rasuah ke, kronisme ke, maksiat ke bkn pasal yb bca khutbah nk jdkan hal.. ada ke menteri umno/bn bole naik mimbar? sapa? pak lah siang jd imam tp malam pegang amoi, imam jenis ape tu??
    korg tutup mata je ke

  16. matblues n tolakpr ni duk gombak ke?? aku ingt ko berdua je la tinggal sokong umno/bn tu di gombak ni..
    ape ada hal klu anwar jd pm asalkan bkn najib ke, pak lah ke ato sapa2 pemimpin2 unmo/bn yg mmg diketahui kaki rasuah dn kaki betina..

    pm mesti kuat, bkn kaki awek dan kaki rasuah, bkn kaki tido tau takkkk

    anwar tu mmh ngam jd pm

  17. orang2 umno seluruh negara sendiri tg sebuk nak suruh pak lah turun/resign..

  18. harap dtg lg ke masjid syakirin! sy salah seorang jemaah ari tu.

  19. sape pemimpin umno selama ni yg ble jd imam baca khutbah jumaat dari dlu kini dan mgkn selamanya? adala pak lah buat tp layak kah pm ni baca khutbah dn jd imam?? matblues dn tolakpr tolongg jawab ni, LAYAKKAH PAK LAH BCA KHUTBAH DN JADI IMAM??

  20. hari ni dato’ berkhutbah di masjid mana?

  21. YB Dato hari ini 18/04 berkhutbah di masjid Ampang

  22. pegawai khas- pas ni sruh datuk jengah2 kt masjid kg nakhoda ok.. dah teruk dah, umno totok ni x nak kuar dn mgutuk org pas mngunakan kuliah2.. meeting tahunan dn laporan keewangan dah 4 tahun tak buat, jgn tnggu lama dato

  23. Khutbah kat AMPANG?
    Masjid Kg. Melayu ker?

  24. ampang??
    adakah kat Masjid Bukit Indah bersama Sultan?
    apa2 hal pun tq pd pegawai khas di atas info..

  25. MatBlues jangan merepek & melalut ..

  26. saya antipas sebab pas buat benda baik, pemimpin pas tak gila dunia,pas nak akhlak rakyak yat baik, pas nak bawa orang islam ke syurga ,pas nak tunjuk baik pada orang bukan islam, pas sabar sangat, tangan rakyat perak selangor kedah kelantan kudung kudung belaka,pas nak bangunkan negara,
    pas lambat sangat nak potong tangan umno,pas lambat nak rejam pesalah umno…………………….saya benci pas sebab lambat buat semua itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: