Selangor pergiat dakwah, wujud surau di pasar malam, tani

ImageKUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) – Anggota exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali bercadang mewujudkan suasana keagamaan di seluruh negeri termasuk di tempat tumpuan ramai seperti pasar malam dan tani. Beliau memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah bersetuju mengadakan musollah (surau) di setiap pasar malam dan pasar tani.

Katanya, dengan adanya musollah tersebut memudahkan para peniaga dan pembeli menunaikan solat secara berjemaah. “Kita akan membuat tempat mengambil wuduk yang banyak. Kita mahu melihat suasana keagamaan terus berlaku di pasar, mencakupi semua peringkat umur anggota masyarakat,” jelas dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Gombak Setia dan Pesuruhjaya PAS Selangor mahu menjadikan kegiatan di Kota Bharu (Kelantan) dan Rusila (Terengganu) yang mengadakan kuliah agama setiap Jumaat bermula jam 9 hingga 10 pagi, sebagai contoh.

“Insya-Allah saya akan mulakan di Masjid Negeri. Orang yang memakai jeans, skirt boleh datang mendengar. Biar kita tarik mereka dengan cara begitu, begitu juga dengan orang yang berjoging di tepi tasik,” katanya.

AJK Dewan Ulama negeri, Ustaz Ansori Mursid berkata, cadangan tersebut ada kesan positif negatif dan ia perlu dilaksanakan dengan adanya pemantauan daripada pihak penguatkuasaan.

Menurut beliau jika solat itu dilakukan secara berjemaah, perlu ada penguatkuasaan untuk memantau kawasan pasar.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang turut mencadangkan supaya Dato’ Hasan mengenakan peraturan kepada wanita supaya berpakaian sopan dan menutup aurat ketika berada di kawasan pasar.

Timbalan Ketua Muslimat Selangor, Noraini Husin berkata cadangan itu usaha baik kerana tujuan awal PAS adalah untuk berdakwah selain berpolitik.

Apabila Pakatan Rakyat sudah menang katanya, PAS perlu menggunakan institusi agama seperti Jais untuk menyampaikan dakwah kepada rakyat Selangor.

Menurut beliau, dengan cara itu ia boleh membuang dinding pemisah antara masyarakat dengan PAS.

“Rakyat Selangor sudah mengenali Hasan Ali dan sekarang ini beliau menjadi exco, secara tidak langsung beliau telah membawa imej PAS,” katanya.

Beliau berkata, selama ini ramai di kalangan pembeli berkunjung ke pasar pada waktu maghrib dan kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan solat kerana rumah dan masjid jauh.

Justeru tambahnya dengan ada surau di kawasan pasar akan memudahkan penjual dan pembeli menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian.

Bagaimanapun, Noraini berpendapat, peniaga di Selangor tidak boleh disamakan dengan pekedai di Tanah Suci yang boleh meninggalkan jualan untuk menunaikan solat.

“Penguatkuasaan perlu diwujudkan iaitu di kalangan ahli JKKK selain mengawal keselamatan barangan, mereka juga boleh memastikan pembeli dan peniaga berhenti untuk solat,” tegasnya.

One Response

  1. Di sesetengah kawasan masjid ada sekolah ugama, tapi apa yang menyentuh perasaan semasa solat waktu sedang di adakan selalunya waktu asar, pelajar dan guru guru sekolah ugama bersebelahan tadi tidak mengambil bahagian dalam solat tadi. Contuh Masjid Di Taman Melati dan banyak lagi masjid–masjid. Saya merayu “from the bottom of my heart” tolong YB. keluarkan arahan/pekeliling supaya sembahyang berjemaah dimasukkan di dalam sukatan pembelajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: