Penduduk Bimbang Kehilangan Padang Permainan

Penduduk Fasa 6, Taman Seri Gombak melahirkan kebimbangan terhadap satu projek Pusat Kesejahteraan keluarga yang dikelolakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Taman permainan tersebut bakal bertukar wajah dengan pembinaan Klinik Reproduksi Manusia, Pejabat Pembangunan Keluarga, Kafe dan beberapa ruang pelbagaiguna.
Penduduk yang ditemui membantah projek tersebut kerana mereka akan kehilangan kawasan dimana sering dijadikan tempat unruk beriadah, bersiar-siar dan aktiviti kemasyarakatan. “Kami tidak membantah projek tersebut tetapi lokasi yang tidak sesuai” ujar seorang penduduk.
ADUN Gombak Setia, YB Dato’ Dr. Hasan Mohamad Ali yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah meninjau taman permainan tersebut pada Jumaat lepas. “Secara peribadi, saya berpendapat tempat ini perlu dilindungi. Saya akan bertemu dengan kementerian untuk membincangkan perkara ini dan mengadakan dialog dengan penduduk” ujar beliau.

3 Responses

  1. salam.. bukan kat gombak setia je kena cam ni tp dimana2 pn sama.. padang di ambik jadikan umah la.. entah ape2 la.

    lagi cepat pakatan rakyat amik malaysia lagi senang

  2. Assalamualaikum wrkth,

    Tahniah atas YB Dato atas kerja-kerja yang dijalankan. Di sini ada beberapa perkara yang saya nak minta tolong Dato perhatikan:
    1- Minta Selangor dapat bantu keluarga mansa ISA, beri zakat kepada mereka. selama ni mungkin LZS takut nak bantu sebab ada kaitan dengan pembangkang. Kesian sungguh melihat kehidupan isteri2 yang terpaksa bekerja dengan pendapatan tak seberapa.

    2- Mengenai penternakan khinzir, ada yang merayu agar dipindahkan ke kawasan lain yang lebih ramai penduduk Cina. Sekiranya kerajaan tak pindahkan, tolong nyatakan kepada rakyat sebab apa dan komposisi penduduk setempat sekarang (sepang), dan buat sejarah penternakan khinzir tersebut supaya rakyat tahu hakikatnya

    3- Tolong keluarkan gambar MB dan exco selangor secepat mungkin, banyak lagi tempat tak letak gambar MB baru.

    4- Tolong laksanakan seberapa segera manifesto2 BA terutama PAS, terutamanya berkaitan bantuan kebajikan, dan pendidikan.

    Terima kasih.

  3. saya ambil dari blog roslansms:

    Rasuah di Lembaga Zakat Selangor!

    Pada 2 April lepas saya ada memetik kenyataan bekas EXCO Agama Selangor ketika BN memerintah iaitu Abd Rahman Palil, diblog ini. Beliau dilaporkan berkata (berkenaan kerajaan baru Pakatan Rakyat Selangor):

    Mereka (kerajaan Pakatan Rakyat Selangor) hanyalah pelawak yang sedang membuat persembahan dan semua rakyat sedang terhibur dengan keletah mereka.

    Lalu saya menulis:

    Biarlah jadi pelawak asal tidak penipu, pencuri wang zakat dan perompak!

    Kebetulan sebentar tadi pihak BPR mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan Lembaga Zakat Selangor ditahan reman untuk membantu siasatan berkenaan satu kes rasuah. Kes yang dilaporkan itu membabitkan sogokan wang kurang dari RM1,000 oleh seorang kontraktor kepada pegawai tinggi berkenaan.

    Berita berikut saya petik dari pemudabersih.blogspot:

    Biro Pencegah Rasuah diberitakan telah memasuki Pusat Zakat Selangor untuk menyoal-sisat memeriksa serta mengambil fail-fail dari Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor mulai Isnin hingga Selasa yang lalu.

    Beberapa pegawai tertinggi dikatakan telah disoalsiasat oleh BPR. Antaranya adalah Pengurus Besar, Pengurus Agihan dan beberapa pegawai lain.

    Sumber-sumber LZS memberitahu bahawa siasatan berlarutan sehingga lewat malam. Sumber yang belum disahkan juga menyatakan seorang dari pegawai tertinggi ditahan reman.

    Saya difahamkan pegawai tinggi yang dimaksudkan telah diambil berkhidmat oleh bekas EXCO Agama BN. Saya turut difahamkan BPR baru berjaya menyabitkannya dengan satu kesalahan kerana kontraktor berkenaan berani tampil ke hadapan memberikan keterangan. Namun pegawai itu dikatakan terlibat dalam banyak lagi kes penyelewengan tetapi saksi-saksi belum berani tampil ke hadapan. Menurut satu sumber pegawai tadi banyak mengaut duit haram sehinggakan gaji bulanannya di bank dikatakan tidak terusik oleh kerana lumayannya rasuah yang beliau terima setiap bulan itu!

    Satu demi satu pegawai kanan difahamkan akan diseret ke mahkamah. Ini sudah pasti mencemaskan kedudukan Rahman Palil yang pernah menjadi bos di Lembaga berkenaan atas sifatnya sebagai EXCO Agama. Mungkin selepas ini giliran Rahman pula siapa tahu.
    Dalam keadaan sebegini kita mungkin bertanya, siapakah agaknya yang lebih terhibur dan siapakah pelawak yang terbesar. Hanya Rahman Palil sahaja yang mampu menjawabnya nanti. Jangan lari, anda sedang diperhatikan!

    posted by roslan sms at 10:58 PM on Apr 10, 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: