Kerajaan Selangor Siasat Tindakan Batal Status Rizab Hutan

SHAH ALAM, 8 April – Sejumlah 4,325.5 hektar kawasan rizab hutan telah dibatalkan statusnya yang antara lain digunakan untuk pembangunan hartanah.


Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata daripada rekod Pejabat Tanah dan Galian mendapati status rizab hutan itu dibatalkan antara tahun 2000 hingga 2007.

Mengulas perkara itu, beliau berkata semua pejabat tanah dan daerah telah diarah mendapatkan senarai pihak yang memperoleh rizab tersebut.

Katanya, hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh sebulan.

“Sebagai kerajaan yang mengamalkan ketelusan sebab itu saya bagi data itu dan dalam satu bulan kita akan beritahu siapakah yang mendapat kelulusan tersebut dan apa kegunaannya.

“Ini adalah satu janji kita kepada rakyat dan kita rasa hak untuk maklumat adalah sangat penting kepada mereka,” katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin petang tadi.

Menurut beliau, siasatan mendalam perlu dijalankan bagi memastikan tindakan tidak bertanggungjawab itu dapat diatasi segera.

Selangor yang berkeluasan 796,084 hektar mempunyai sejumlah 241,568 hektar yang diklasifikasikan sebagai rizab hutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: