EXCO HAL EHWAL ISLAM SARAN ADAKAN TAZKIRAH SEBELUM MESYUARAT

Print

ImageShah Alam – 31 Mac 2008, YB Dato’ Dr. Haji Hassan bin Mohamad Ali, Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, hari ini telah diberi taklimat mengenai Jabatan Agama Islam Selangor dalam satu majlis ringkas di Bangunan Sultan Idris Shah.

Taklimat yang disampaikan oleh SS Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah, JAIS juga turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian.

Dalam ucapan ringkas di majlis tersebut, YB Dato’ Dr, Hj. Hassan menyarankan agar diadakan tazkirah ringkas sebelum memulakan mesyuarat. Usaha ini dilakukan bagi menerapkan nilai-nilai murni melalui tazkirah atau peringatan bagi membentuk sahsiah diri serta pengisian rohani di kalangan pegawai dan jabatan-jabatan kerajaan. “Bayangkan kalau dalam sehari kita menghadiri 3 mesyuarat dan setiap mesyuarat diadakan 15 minit tazkirah, kita dapat 45 minit tazkirah dalam sehari, dalam 45 pelbagai ilmu dan peringatan yang kita perolehi.” katanya.

Jabatan Agama Islam Selangor sebagai salah satu jabatan kerajaan yang mengurus hal ehwal islam disaran memulakan program ini agar dapat dicontohi oleh jabatan-jabatan lain. Isntitusi Islam lain seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LeZaS) juga disaran memulakan program ini.

Pembangunan sahsiah diri penting bagi melahirkan pegawai yang berdedikasi, berhemat tinggi, bermoral. Dengan adanya sifat-sifat terpuji diterapkan dalam diri semua pegawai segala tugas yang diberikan akan dilaksanakan dengan sempurna.

Dr. Hassan juga telah menyarankan beberapa aktiviti dan program keagamaan yang menjurus kepada pengisian rohani juga boleh dilaksanakan di Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada JAIS untuk melaksanakannya.

Menyentuh berkaitan aktiviti penguatkuasaan, beliau menyarankan agar pendekatan yang berkesan dapat dilakukan. Beliau akan mengadakan perbincangan mengenainya secepat mungkin.

Masjid dan Surau perlu mempergiatkan serta membanyakkan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Jawatankuasa yang sedia ada tidak perlu bimbang akan dipecat kerana beliau belum lagi memikirkan perkara tersebut

Beliau mengharapkan kerjasama yang erat daripada pegawai dan kakitangan JAIS dalam usaha melaksanakan aktiviti serta program yang dirancang. Banyak program yang boleh dilaksanakan tetapi tanpa kerjasama yang erat daripada pegawai, aktiviti dan program tersebut hanya tinggal perancangan sahaja.

ImageImage
ImageImage
ImageImage

5 Responses

  1. Alhamdulillah, satu langkah yg proaktif semuga majlis tazkirah dilakukan dgn konsisten demi menjadi kita umat yg saling ” ingat dan mengingati ” antara satu sama dgn yang lain. Syabas dan tahniah di tujukan kepada YB Dato’ Dr. Hj Hassan Ali.

  2. tazkirah yg dibuat selalu akan menyedarkan jahiliyah2 yg totok umno di jabatan2 kerajaan negeri ni..
    kalau ble bkn sebelum meeting aje tp sebelum mulakan keje di jabatan2 kerajaan adakan usrah dahulu, anyway tahniah dato

  3. Dato Hasan, tolonglah hapuskan pengacau dlm jawtankuasa masjid di daerah-daerah yg menghalang aktiviti masjid. tolong bagi saya no phone sbb ada benda penting yg saya nak tanya.. saya seorang imam di sebuah masjid di daerah kuala selangor

  4. khairulaznankasim- aku stuju bebeno dgn cadangan tu dn aku pcaya dato akan segera bertindak.. dkt nakhoda ni lagila teruk, dah dkt sebulan pr menang tp masjd masih lg dipegang totok umno ni siap panggil penceramah kutuk org pas lg.. cepat bertindak dato, takut nnti membarah kt masjd tu lg susah nk buat.. kami pmuda pas sokong 1000peratus, takbirr

  5. peringatan sesuai untuk manusia kerana mereka mudah lupa. selalu diingat akan menjadikan tindakan kita selalu terarah kepada kebaikan . saya setuju dan kalau boleh diperluakan kesemua jabatan kerajaan yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: