Tidak Salah Solat, Zikir di Stadium – Dr Hasan Ali

sumber : Sinar Harian 4 April
 

SHAH ALAM – Tindakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan solat hajat sempena Majlis Himpunan Rakyat dan Munajat Perdana di Stadium Melawati barn-barn ini adalah bagi mengubah konsep penggunaan stadium yang biasanya hanya dikaitkan dengan aktiviti sukan dan hiburan sahaja.
Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu dan Infrastruktur serta Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata masyarakat harus mengubah persepsi bahawa stadium hanya untuk aktiviti tertentu sahaja sedangkan fungsinya boleh diperluaskan.

“Seperti mana masjid, gaya hidup secara Islam juga boleh dipraktikkan di mana-mana. Tidak salah berzikir, berdoa dan bersolat di dalam stadium asalkan keadaannya bersih,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak yang menyifatkan tindakan penyokong parti berkenaan mengadakan solat hajat dan doa syukur di Stadium Melawati sebagai tidak rasional selain hanya mempolitikkan agama Islam.

Menurut Dr Hassan, Stadium Melawati dijadikan lokasi pilihan untuk majlis An kerana kapasitinya yang tinggi dalam menampung jemaah yang ramai. Sekiranya kita mengadakan solat berkenaan di masjid, sudah pasti ada pihak yang akan mengambil kesempatan dengan menyatakan kita cuba melibatkan masjid dengan aktiviti politik,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: