Majid Al Khairiyah Oh Masjid Al Khairiyah!

Hari ini, Jumaat, 27 Rabiul Awal, 1429 bersamaan 4hb. April, 2008  terciptanya satu sejarah manis buat ahli kariyah Masjid Al Khairiyah,Taman Seri Gombak. Selama ianya di bangunkan, tidak pernah sama sekali penceramah serta ahli-ahli agama terkemuka seperti Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Harun Din dan juga YB Dato’ Dr. Hasan Ali yang rata-rata dari parti PAS yang dulu merupakan ‘pembangkang’ masuk dan apatah lagi berkhutbah atau memberikan kuliyah agama. Mereka ini adalah merupakan pewarna yang menyinari Forum Hal Elwal Islam di RTM 16 tahun dahulu. Saya masih ingat apabila tiba sahaja hari Khamis, maka tergesa-gesalah balik dari pejabat, meredah kesesakkan lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur supaya tidak terlepas rancangan tersebut. Pernah seketika pada masa itu satu bancian dibuat bagi mengetahui akan populariti rancanagan di RTM dan agak mengkagumkan bahawa rancangan tersebut adalah  yang tertinggi popularitinya. Namun rakyat Islam Malaysia yang dahagakan ilmu yang benar dan tidak mengikut telunjuk pemerintah telah kehilangan penceramah-penceramah tersebut kerana telah diGAM oleh RTM dan Kerajaan Barisan Nasional.

Forum Hal Ehwal Islam seterusnya menjadi hambar dan tidak diminati kerana penceramah-penceramahnya adalah merupakan mereka yang berceramah mengikut selera pemerintah. Itulah satu kezaliman yang samada disedari atau tidak oleh UMNO dan Barisan Nasional. Bertitik tolak dari itulah banyaklah penceramah yang terdiri dari ahli-ahli agama dan kebanyakkannya dari ahli PAS digantung atau di GAM oleh UMNO Barisan Nasional bukan sahaja setakat di peti televisyen namun seluruh Masjid dan Surau. Antara penyebab pecah belahnya masyarakat Melayu adalah kerana tindakan pihak UMNO dan Barisan Nasional yang berpegang kepada fahaman British iaitu Politik suku, Agama suku.

Berbalik kepada peristiwa sejarah yang berlaku hari ini di mana YB Dato’ Dr. Hasan Ali selaku EXCO Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu telah memecahkan tembok pemisah dengan memberikan khutbah serta mengimamkan solat Jumaat di Masjid Al Khairiyah. Khutbah yang di berikan oleh beliau sungguh bersemangat dengan menekankan soal solat dan peranan yang wajib dilaksanakan oleh pihak masjid. Sedikit pun tidak ada dalam khutbah beliau mencerca, mengadu domba orang-orang UMNO malahan ianya mengajak seluruh anggota masyarakat supaya bertaqwa bersungguh-bersungguh kehadrat Allah s.w.t. Dengan taqwa atau takut dengan Allah s.w.t maka banyak perkara yang menjadi perselisihan faham akan terurai.

Perpaduan orang Melayu hanya boleh di capai melalui institusi masjid. Hanya Islam yang dapat menyelamatkan dan menyatupadukan masyarakat Melayu dari terus hanyut dan berpecah belah. Tidak perlu forum penyatuan Melayu seperti mana yang diwarwarkan oleh Basiran Bertindak Perpaduan Melayu. Fomulanya dah ada, tetapi kenapa masih berdolak dalik!

9 Responses

  1. Tahniah!
    saya sempat mendengar khutbah tersebut. Inilah yang dinamakan memberi khutbah..bukan membaca khutbah

    selamat maju jaya

  2. takbirr!!!

    ssseellllluuuurrrrruuhhhhhh umat islam berbangga dgn pkembangan ini..

    nazir tu patut dicampak dlm tong sampah je, tukar baru.

  3. ada buat rakaman tak..
    nak tengok la Dr. Hasan Ali berkhtubah..
    pasti takkan tertidur jemaah…

  4. Saya adalah antara org yang di halau oleh nazir masjid itu ketika menyebarkan manifesto BA selepas solat jumaat di situ…. Dr. Hassan Ali adalah org yang menenangkan keadaan ketika itu…. tapi angkuh betul nazir masjid tu….saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan nazir tu sekarang…. ketika Dr. Hassan Ali memberi kuthbah disitu…

  5. dengar khabar muka nazir berubah sakan bilamana laungan takbir pertama kalinya di masjid tersebut. nazir tersebut juga sebelum ini dikatakan sanggup tak solat jumaat semata-mata utk memastikan Dato’ Hasan Ali tidak dapat berkhutbah disitu..inilah kuasa Allah..jangan angkuh wahai nazir2 yang pekat biru….

  6. Dato kalau ada kelapangan boleh beri khutbah di Masjid al khairiah AU3 keramat , kami semua menunggu ….

  7. tu nazir ke khinzir?? perangai mengalahkan setan yg direjam, sikalang ko tau la wahai nazir yg khinzir tpt mu adala ke tooonnnggg sssaammpppaaahhh..

    dato’.. jgn teragak2 pecat nazir khinzir ni

  8. ari jumaat muncul lg ni 11april.. harap2 nazir khinzir tu x da lagi kat masjd ni..

  9. Masjid Zakaria Gombak Utara bila nk Kutbah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: