ADUN Gombak Setia agih sumbangan mangsa banjir

KAMPUNGKERDAS- Sebanyak RM31,100 diperuntukkan kepada keluarga mangsa banjir melalui Tabung Bencana Pejabat Daerah Gombak di sini, kelmarin.
Penolong Pegawai Daerah Gombak, Shahimin Ghazali berkata, seramai 55 buah keluarga terbabit menerima sumbangan itu yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Nogeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali.
Kata Shahimin, selepas banjir hingga jam 11 pagi kelmarin, sebanyak 55 keluarga telah didaftarkan untuk menerima bantuan dari pihaknya termasuk pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Namun ada lagi pertambahan sumbangan kerana ada keluarga yang belum berdaftar tetapi telah memberikan maklumat kepada pihaknya atau Penghulu Setapak,” katanya.
Sementara itu, Dr Hassan berkata, penduduk harus bersabar biarpun sumbangan yang diberikan tidak banyak namun sekurang-kurangnya dapat meringankan beban. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi dan kita harus bersyukur kerana merasai banjir kilat dan hujan ribut di dunia bukan di akhirat yang lebih dahsyat dari apa yang telah berlaku,” katanya.
Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan itu Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Pegawai Daerah Gombak Husaini Samsi, wakil LZS dan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB). Salah seorang penerima sumbangan, Zuraidah Abdul Rahim berkata, dia terharu kerana ada pihak yang begitu prihatin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
“sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami sekeluarga dan terima kasih kepada pihak berkenaan,” katanya yang tinggal di Kampung Kerdas. Kata seorang lagi penduduk, Normay Manap, biarpun rumahnya tidak dinaiki air namun atap rumahnya telah diterbangkan akibat hujan ribut. Sebelum ini tak pernah berlaku namun sagat berterima kasih kepada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: