BARISAN RAKYAT TAWAN STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM

Buat pertama kali dalam sejarah, 25ribu umat Islam menunaikan solat isyak dan solat sunat hajat di Stadium Melawati Shah Alam. Buat pertama kalinya juga, ceramah perdana sebegini dianjurkan dalam dewan yang serba besar, suara azan berkumandang, bacaan Quran didengarkan.

Adalah menjadi suatu detik kegembiraan di mana tiada lagi kawalan polis untuk menghalang ceramah, tiada lagi ‘patrol’ car yang meronda, tidaklah para hadirin ditimpa air hujan lagi kerana ceramah kali ini berlangsung di dewan yang selama ini digunakan untuk sukan badminton, bola keranjang dan lain lain lagi yakni stadium tertutup, Stadium Melawati.

Jumlah kedatangan juga seperti yang dijangka memenuhi stadium ini dan seramai itu jugalah umat yang tak dapat masuk ke dalam stadium kerana tiada ruang lagi. InsyaAllah, di masa akan datang, kita sekali lagi akan berhimpun tetapi bukan lagi di Stadium Melawati, tentunya stadium yang boleh menampung 110ribu pengunjung iaitu Stadium Shah Alam.

6 Responses

  1. Ucapan YB Dato’ Dr Hasan Ali malam tadi memang membangkitkan semangat…
    dah lama tak dengar pidato Dato’ dan malam tadi terubat kerinduan untuk mendengar pidato yang cukup bernas..
    Tahniah..

  2. sudah hidup di muka dunia selama 27tahun tapi pada mlm 31 march adalah mlm yg syahdu bagi saya.stadium tertutup melawati dulunya kerap berlansung konsert2 hiburan semasa pemerintahan BN dan saya juga adalah pengunjung konsert2 itu tetapi tidak pada mlm 31march dimana azan berkumandang di stadium tertutup melawati ini lautan manusia sujud menyembah Ilahi. menitik air mata saya kerana terlalu gembira dan syahdu. TAKBIR!!! pertahankan kerajaan selangor sekarang ini hingga anak cucu2 kita supaya mereka juga dpt merasa zatnya.

  3. Assalamualaikum Dato’,

    Tahniah dari kami di Kelantankini.com kerana kejayaan besar ini. Terasa sungguh bangga dan syahdu melihat saudara di Selangor kini mampu bermunajat di stadium seperti kami di Kelantan. Moga-moga Allah akan terus permudahkan usaha-usaha kita meninggikan syiar dan syariat Islam di mukabumi ini terutamanya di Malaysia. Allahu Akbar! Tahniah sekali lagi untuk orang Selangor.

  4. Assalamualaikum Dato,

    Diharap di masa akan datang akan diadakan acara sebegini.Terasa kerdilnya diri ini apabila ramai umat islam bersembahyang di stadium yang sebelum ini belum ada berbuat demikian.Infuture acara sebegini diberitahu dengan meluas so lebih ramai mengetahui acara sedemikian.Sepertimana “Sure Heboh” diumumkan di TV.

  5. Belum pernah pemimpim atau YB sebelum ini seperti Dato menjadi Imam bersembahyang bersama sama rakyat.[di MPS Selayang].Terasa terharu sehingga mengeluarkan airmata pabila dato berdoa dan bermohon kepada allah s.w.t. dengan begitu mendalam.Terasa diri ini insaf kehadrat ilahi.Di Stadium MPS Selayang menjadi saksi pertama bersembayang berjemaan di stadium.Semoga acara sedemikian berterusan.

  6. Allah menganugerahkan kemenangan setelah 50 tahun berjuang,pemimpin silih berganti,pendokong dan penyokong juga sudah bergenerasi, pelbagai ujian onak duri dihadapi sehingga kejayaan dikecapi kini. Apabila kuasa sudah ditangan,usah lupa asas2 perjuangan.Berpegang pada kata2 Dato’ Seri Anwar pada saya melalui surat ketika DS mendapat rawatan di HKL, “ISTIQAMAH TERHADAP PERJUANGAN”. Semoga pemimpin dan penyokong sentiasa bermuhasabah dan pengisian pentarbiahan disemua peringkat dari peringkat pemimpin atasan hinggalah ke akar umbi ditingkatkan.Berusaha utk mencapai kemenangan lebih mudah dilaksanakan berbanding dari berusaha memelihara kemenangan yang agak sukar dilaksanakan sekiranya kemegahan dan kebongkakkan meresapi dlm jiwa rohani setiap pendokong dan penyokong. Ayuh kita memelihara kemenangan dgn penuh tawwadduk dan keinsafan. Jgn jadikan matlamat peribadi mendahului matlamat perjuangan. Spt kata2 CheGu Bard, “PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA”….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: