YB Gombak Setia Angkat Sumpah Menjadi EXCO- Tahniah!

YB Dato' Dr. Hasan Mohd Ali mengangkat sumpah 

Harakahdaily | Foto Nasir SudinMon | Mar 24, 08 | 6:40:33 pm MYT
KLANG, 24 Mac (Hrkh) – Bernama melaporkan sepuluh Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, empat daripadanya wanita, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, Isnin hari ini. Mereka terdiri daripada empat orang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga orang dari PAS dan tiga orang dari DAP.Empat anggota exco daripada PKR adalah Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar, daripada DAP ialah Theresa Kok, Ronnie Liu dan Ean Yong Hien Wah, manakala daripada PAS ialah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri serta Belia dan Sukan, Yaakob (Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan), Rodziah (Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Wong (Pelancongan, dan Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin).Kok memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan Yong (Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram).Hassan pula memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Halimah (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan) dan Iskandar (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).Dalam pilihan raya 8 Mac lepas, PKR memenangi 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan kerusi untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional. – mns 

One Response

  1. Masa bekerja dan turun padang DDH, buatlah checklist apa agenda review every week ada progress atau tidak. Banyak tahi2 BN kena bersih ini bukan kepalang. Jangan main2 cakap mudah – masa sekarang kerja-kerja-kerja-kerja sebab semua orang mahu melihat WR (Wakil Rakyat) kerja, tunai amanah tidak semestinya tunai janji!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: