YB Gombak Setia Angkat Sumpah Menjadi EXCO- Tahniah!

YB Dato' Dr. Hasan Mohd Ali mengangkat sumpah 

Harakahdaily | Foto Nasir SudinMon | Mar 24, 08 | 6:40:33 pm MYT
KLANG, 24 Mac (Hrkh) – Bernama melaporkan sepuluh Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, empat daripadanya wanita, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, Isnin hari ini. Mereka terdiri daripada empat orang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga orang dari PAS dan tiga orang dari DAP.Empat anggota exco daripada PKR adalah Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar, daripada DAP ialah Theresa Kok, Ronnie Liu dan Ean Yong Hien Wah, manakala daripada PAS ialah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri serta Belia dan Sukan, Yaakob (Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan), Rodziah (Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Wong (Pelancongan, dan Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin).Kok memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan Yong (Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram).Hassan pula memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Halimah (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan) dan Iskandar (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).Dalam pilihan raya 8 Mac lepas, PKR memenangi 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan kerusi untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional. – mns 
Advertisements

Jom Penuhi Stadium MPS Selayang!

‘Stadium Sultan Mohamad ke-IV,Kota Bharu’

Jom kita sama-sama lakarkan lagi satu sejarah pada hari Sabtu tanggal 21 Rabiul Awal, 1429 atau bersamaan dengan 29hb. Mac, 2008 nanti. Kita sama-sama memenuhi Stadium MPS Selayang sepertimana penuhnya Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, insyaAllah dalam satu majlis solat berjemaah beramai-ramai bermula dari waktu Maghrib. Kemudian kita sama-sama membaca surah Yaasin. Selesai solat Isya’ kita akan solat Hajat yang akan dipimpin sendiri oleh YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali, Exco Negeri Selangor dan ADUN Gombak Setia. Seluruh rakyat Gombak Setia, Hulu Klang, Batu Caves, Selayang di jemput hadhir.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah swt merestukan program yang kita rancang ini agar ianya berjalan dengan lancar dan dalam suasana dan cuaca yang baik, InsyaAllah.

* Bawa sejadah dan surah Yaasin sendiri*

MAJLIS KESYUKURAN & JAMUAN RAKYAT

PIDATO PERDANA KESYUKURAN