Terima Kasih Warga Gombak Setia

                           

Assalamualaikum kepada seluruh teman-teman serta warga Gombak Setia yang di kasihi.

Pertama dan buat selamanya marilah kita sama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, kita telah dapat mencipta satu sejarah dengan menawan bukan sahaja setakat DUN Gombak Setia malahan Parlimen Gombak, DUN Hulu Klang dan DUN Batu Caves dan yang paling besar sekali ialah menawan Selangor Darul Ehsan dari tangan UMNO dan Barisan Nasional.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi di Gombak Setia yang telah memberikan undi mereka pada PAS dan PKR sehingga berjaya menubuhkan kerajaan campuran dan yang paling penting menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional yang telah 50 tahun bertapak. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah.

Dengan kepercayaan serta amanah yang besar yang telah di berikan oleh masyarakat Selangor amnya dan masyarakat Gombak Setia khasnya kepada saya dan PAS, InsyaAllah  saya sedaya upaya akan memberikan khidmat yang terbaik mungkin untuk masyarakat Gombak Setia tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera pilihanraya Majlis Tindakan DUN Gombak Setia serta UPU-UPU dibawahnya yang mempunyai jati diri yang kental dan semangat yang sungguh tinggi yang saya tidak pernah lihat sebelum ini selama saya membabitkan diri dalam politik. Kesungguhan serta semangat yang saudara-saudari lahirkan amat menakjubkan. Keikhlasan sentiasa terpancar di air muka saudara-saudari yang sanggup bekerja siang dan malam bagi memastikan kemenangan berada di tangan kita. Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa bagi membalas segala pengorbanan saudara-saudari kerana saya kira ianya terlalu mahal dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit dan harta benda cuma saya hanya dapat berdoa agar Allah s.wt. membalasnya dengan balasan yang setimpal dengan apa yang telah saudara-saudari lakukan bagi mempertabatkan agamaNya.

Teman-teman warga Gombak Setia,

Akhir kata, saya ingin berpesan bahawa kemenangan yang kita perolehi ini adalah satu kemenangan yang sangat mahal harganya. Ianya adalah dari hasil usaha seluruh ahli-ahli yang istiqomah dan gigih dalam perjuangan yang telah dilakukan sejak 50 tahun dahulu dan bukan setakat dua tiga minggu sebelum pilihanraya ke 12 yang baru kita lalui ini. Banyak onak dan ranjau telah dilalui sebelum kita dapat merasai kemenangan ini.

Kekalahan adalah perkara biasa buat kita tetapi kemenang adalah perkara baru yang perlu di tatang seperti minyak yang penuh. Kita kini akan berhadapan dengan satu cabaran baru yang sungguh mencabar. Kita perlu buktikan apa yang kita war-warkan selama ini dan ianya akan menjadi rumit sekiranya saudara-saudari tidak terus menerus membantu mempertahankan kemenangan ini. Kemenangan ini bukan kemenangan saya seorang tetapi kemenangan ini ialah kemenangan saudara-saudari teman-teman sekelian. Sekiranya kita tidak sama-sama menjaga kemenangan ini bererti segala titik peluh yang telah kita curahkan sebelum ini adalah sia-sia berlaka.

Teman-teman warga Gombak Setia, 

Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini saya sangat berharap saudara-saudari akan terus menerus bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memastikan bahawa kita adalah yang terbaik dalam memimpin negeri Selangor Darul Ehsan kearah satu dimensi kecemerlangan yang baru. Bagi pihak diri saya, InsyaAllah saya akan sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang teguran, pandangan serta kata-kata nasihat dari saudara-saudari sekelian demi kebaikan bersama.

Sekian, Terima Kasih

Saya Yang Berkhidmat,

Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali                                                                                        ADUN Gombak Setia

One Response

  1. Kami dari PKR Gombak Utara akan memberi sokongan penuh pada Dato’ utk melaksanakan tanggungjawab dan janji janji yg telah dibuat,Insyaallah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: