Pandangan Untuk YB

Assalamualaikum,

Pertama: Saya mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Hasan kerana berjaya memperolehi mandat majoriti penduduk Gombak Setia. Saya berharap YB dapat membawa perubahan yang positif di kawasan ini.

Kedua: Saya harap YB dapat menjalankan tugas dengan telus agar aspirasi penduduk Gombak Setia tercapai – insyaallah.

Ketiga: Saya berdoa agar YB senentiasa peka dan responsif tentang kehendak dan keperluan penduduk Gombak. Ini adalah amat penting bagi YB dan parti politik YB (iaitu PAS) jika YB dan parti YB ingin bertapak lama di Gombak Setia. Saluran komunikasi di antara YB dan penduduk harus sentiasa terbuka agar keperluan penduduk sentiasa di dalam minda YB semasa YB menjalankan tugas.

Keempat: Jangan ulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah BN terdahulu!!

Kelima: Sudah tiba masanya untuk YB bertugas dan memfokus kepada kawasan Gombak Setia dan apa-apa masalah penduduk yang timbul dari masa ke semasa.

Keenam: Sediakan suatu pelantar asas (basic platform) bagi memudahkan komunikasi di antara kami (penduduk) dan pejabat YB (ADUN) agar tidak wujud apa-apa perselisihan (miscommunication) di antara kita.

Ketujuh: Saya berharap YB dapat mengambil peluang yang sedia ada (melalui jalur internet) bagi memudahkan perhubungan. Contoh: Sediakan suatu laman web rasmi bagi pejabat ADUN Gombak Setia khusus bagi menyampaikan maklumat dan atau untuk menerima apa-apa pandangan dan kritikan dari penduduk Gombak Setia.

Suatu Pandangan:

Saya telah melawat laman web PAS Selangor dan menghantar mesej e-mel kepada mereka dan bertanya bagaimana hendak menghubungi YB Dato’ Hasan Ali. Ini telah saya lakukan pada 10.3.2008.

Namun itu, sehinggan petang 11.8.2008 saya masih belum mendapat apa-apa maklum-balas dari PAS Selangor.

Mujurlah saya terjumpa blog ini melalui carian google sebentar tadi.

PAS dan YB harus lebih peka dan proaktif di dalam mengembangkan dan memperbaiki saluran komunikasi melalui internet.

PAS dan YB harus ingat bahawa perubahan mendadak atau “political tsunami” yang telah berlaku, sedikit-sebanyak, adalah disebabkan oleh ledakan informasi melalui internet.

Justeru itu, gunakan internet ini dengan lebih berkesan di dalam pentadbiran Gombak Setia.

Sekian Wassallam,

Azhar Arman Ali
113, Lorong Bahagia, Gombak Setia
azhararmanali@gmail.com

2 Responses

  1. Tahniah YB,

    Terimalah amanah Allah dengan tawaduk. Semoga di berkati Allah hendaknya. Soalan saya, boleh ke kami gunakan blog ini sebagai saluran untuk mengemukakan masalah penduduk N17 Gombak Setia.

    Sekian dan Salam Hormat

  2. aslkm, syabas saya ucapkan kepada kerajaan baru PKR, yang telah memenangi majoriti negeri selangor baru-baru ini, disini saya ingin meluahkan sedikit pendapat dan keluhan hati yang selama ini semasa di bawah jajahan kerajaan BN, saya telah memiliki lesen kelas F sudah hampir 6 tahun di dalam daerah gombak tetapi sehingga sekarang belum pernah sekali pun merasa atau mendapat satu kerja pun, kalau ada pun hanyalah kerja2 undi yang hanya setahun 1 atau 2 kali di panggil oleh PLB, telah banyak kali saya mencuba dengan pelbagai cara termasuk mengadap sendiri Jurutera Daerah untuk meminta bantuan supaya memberi saya peluang , tetapi semuanya hampa belaka, saya harap kerajaan selangor yang baru ini dapat memberi peluang dan perihatin terhadap kontraktor2 kecil seperti saya untuk mencari makan dan berilah peluang yang seadil-adilnya kepada kami yang teraniaya dan saya juga mencadangkan supaya JKR daerah gombak di periksa dan di susun semula di dalam pembahagian tender atau sebut harga secara tender terbuka untuk kelas E keatas dan kerja-kerja undi untuk kelas F.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: