Lahirnya Sikap Biadap

Hari ini pengarang keluar rumah lebih kurang jam 7.40pagi untuk pergi bersarapan dengan keluarga sebelum meneruskan kempen pilihanraya bersama Calon. Setiba sahaja di satu persimpangan kami terlihat sekumpulan kanak-kanak dalam lingungan umur 11 ke 12 tahun sedang dalam perjalanan ke padang untuk bermain bola. Sampil bergelak ketawa mereka dengan bersahaja telah menarik dan mencarik bahan-bahan kempen PAS yang bergantung di antara pokok-pokok yang terdapat di persimpangan tersebut. Pengarang memberhentikan kenderaan sambil membunyikan hon kereta dan mereka beredar dengan biadap sekali.

Inikah jenis manusia yang telah dilahirkan oleh Barisan Nasional? Anak-anak yang bersikap kurang ajar dan biadap yang tanpa segan silu merosakkan harta orang lain. Apabila isu ini di timbulkan maka pihak UMNO dan Barisan Nasional akan terus menuding jari kepada emak bapak namun diri sendiri tidak jua di persalahkan! Itulah sifat dan sikap UMNO. itu jugalah dasar Kepimpinan Melalui Teladan yang di war-warkan oleh mereka.

Masa Untuk Berubah! Pilihlah mereka yang takut kepada Allah swt untuk memimpin dan bukan mereka yang memimpin dengan hawa nafsu. Ingat! Kesilapan yang besar yang dilakukan oleh rakyat ialah memilih pemimpin yang mempunyai sifat-sifat taghut dan mendabik dada atas kejayaan duniawi yang tidak kekal abadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: