Larian Terakhir : Anda Boleh Melakukannya!

Kini semuanya terletak ditangan anda! Anda perlu melakukannya. Perubahan perlu dilakukan. Selangor perlu di tawan! Agama dan anak bangsa perlu dijaga dan dipimpin kearah kesejahteraan duniawi dan ukhrawi bukan sekadar duniawi sahaja. Jangan tersalah pilih lagi! Salahkan DIRI anda sekiranya MAKSIAT dan KEROSAKAN Sosio Budaya dan yang paling utama UGAMA anda akan terus menerus berlaku. INGAT! Keredhaan ALLAH swt perlu di cari. KESEJAHTERAAN di tangan ALLAH swt. Tanpa keredhaan ALLAH swt tidak akan AMAN, SEJAHTERA & MAKMUR negari dan negara ini, bahkan hanya mengundang kemurkaan ILLAHI.

UNDILAH PAS!

Advertisements

Lahirnya Sikap Biadap

Hari ini pengarang keluar rumah lebih kurang jam 7.40pagi untuk pergi bersarapan dengan keluarga sebelum meneruskan kempen pilihanraya bersama Calon. Setiba sahaja di satu persimpangan kami terlihat sekumpulan kanak-kanak dalam lingungan umur 11 ke 12 tahun sedang dalam perjalanan ke padang untuk bermain bola. Sampil bergelak ketawa mereka dengan bersahaja telah menarik dan mencarik bahan-bahan kempen PAS yang bergantung di antara pokok-pokok yang terdapat di persimpangan tersebut. Pengarang memberhentikan kenderaan sambil membunyikan hon kereta dan mereka beredar dengan biadap sekali.

Inikah jenis manusia yang telah dilahirkan oleh Barisan Nasional? Anak-anak yang bersikap kurang ajar dan biadap yang tanpa segan silu merosakkan harta orang lain. Apabila isu ini di timbulkan maka pihak UMNO dan Barisan Nasional akan terus menuding jari kepada emak bapak namun diri sendiri tidak jua di persalahkan! Itulah sifat dan sikap UMNO. itu jugalah dasar Kepimpinan Melalui Teladan yang di war-warkan oleh mereka.

Masa Untuk Berubah! Pilihlah mereka yang takut kepada Allah swt untuk memimpin dan bukan mereka yang memimpin dengan hawa nafsu. Ingat! Kesilapan yang besar yang dilakukan oleh rakyat ialah memilih pemimpin yang mempunyai sifat-sifat taghut dan mendabik dada atas kejayaan duniawi yang tidak kekal abadi.

Tahukah Anda?

Tahukah anda sejarah gerai-gerai serta bengkel yang terletak antara Taman Industi Bolton dengan Taman Seri Gombak fasa 1?

Kisah bermula 4 tahun dahulu bila mana tapak gerai ini yang asalnya adalah satu jajaran pemisah hijau (buffer zone) antara Kawasan Perindustrian Bolton dengan kawasan Perumahan Taman Seri Gombak. Pengwujudan zon ini adalah satu keperluan piawaian dalam perancangan bandar bagi mewujudkan satu pembangunan mampan yang menjadi wawasan negara dan juga negeri. Namun polisi hanya tinggal polisi, berjuta ringgit telah di belanjakan oleh pihak kerajaan untuk membuat kajian Pelan Rancangan Struktur dan Pelan Tempatan untuk diwartakan dan dijadikan sebagai garispanduan dalam melahirkan sebuah pembangunan mampan. Kajian hanya tinggal kajian, pelanggaran sebarang polisi serta garispanduan yang termaktub dalam Pelan-pelan pembangunan tersebut sentiasa berlaku atas sebab rasuah pihak-pihak tertentu dan lebih membimbangkan ialah ianya di lakukan oleh pihak kuasa tempatan serta ahli-ahli majlis mereka itu sendiri yang selalunya terdiri daripada orang-orang politik yang sealiran dengan mereka.

Berbalik kepada kisah gerai tersebut bahawa satu hari sebelum PRU11, satu rombongan dari Majlis Perbandaran Selayang yang diketui oleh Yang Di Pertuanya telah mengadakan satu lawatan ke kawasan ini untuk menangani masalah trafik yang berlaku di sekitar Sekolah Kebangsaan Tmn Seri Gombak 1 & 2. Salah seorang dari ahli rombongan tersebut ialah Sdr. Yuszahari Mohd Yusoff yang pada masa itu belum menjadi Yang Berhormat.

Setelah dinobatkan sebagai Yang Berhormat dan mungkin diatas dasar menolong kroni atau sebagainya, maka pelanggaran polisi berlaku sehingga wujudnya gerai dan bengkel di tanah ini tanpa mengambil pandangan masyarakat atau penghuni di kawasan perumahan Taman Seri Gombak F1. Bengkel serta gerai ini tidak mempunyai sistem pengaliran serta pembuangan sisa pepejal yang boleh mencemarkan alam sekitar serta tidak sihat. Ini amat berlawanan dengan garispanduan Kajian Pembangunan serta Lokal Agenda21 yang memerlukan setiap pihak berkuasa tempatan mendapatkan pandangan dari masyrakat setempat dalam apa jua pembangunan yang hendak di jalankan.

Fikir-fikirkanlah…orang beginikah yang layak di jadikan pemimpin?