BN Selangor risau hilang 13 kerusi

BN Selangor risau hilang 13 kerusi
Nash Rahman | Mar 6, 08 6:46pm
Barisan Nasional (BN) berdepan risiko kehilangan empat kerusi parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya umum ini.

Parti itu menjangka terlepas kerusi parlimen Kapar, Petaling Jaya Utara (PJU), Pandan dan Serdang.

perlis kedah campaign 030308 opposition flagsKerusi-kerusi DUN pula: Meru, Gombak Setia, Cempaka, Batu Caves, Kinrara, Damansara Utama dan Pandamaran.

Dua lagi kerusi yang dipertahankan DAP, Sekincan dan Sungai Pinang, dijangka gagal dirampas BN.

Selangor mempunyai 22 kerusi parlimen dan 56 DUN.

Sumber-sumber yang rapat dengan BN Selangor berkata, angka ini berdasarkan kepada penilaian terbaru.

Malah, katanya, BN juga yakin memenangi kerusi-kerusi lain tetapi dengan majoriti yang merosot.

“Persaingan kali ini tidak sepanas pilihanraya umum 1999 tetapi tidak semudah 2004,” katanya.

Laporan terbaru

Sehingga hari ini, Kapar masih dianggap kawasan kelabu bagi BN. Ia ditandingi calon BN-MIC P Komala Devi yang mempertahankan kerusi tersebut.

Ketua Wanita MIC itu dicabar oleh anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, S Manikavasagam. Laporan terbaru menunjukkan persaingan cukup sengit.

Kerusi itu mempunyai seramai 112,224 pengundi dengan 51.5 peratus Melayu, Cina (35.4%) dan India (13%).

Komala mendapat majoriti 14,588 undi pada 2004, apabila calon PKR Ang Hiok Gai memperolehi 29,419 undi.

Terdapat empat kerusi negeri di Kapar: Meru, Sungai Pinang, Sementa dan Selat Klang.

Meru merupakan kerusi panas yang dijangka terlepas ke tangan pembangkang. Manakala Sungai Pinang merupakan kubu kuat DAP dan masih kebal untuk ditembusi BN kali ini.

Kerusi selamat

Sementa dimenangi BN tanpa bertanding pada hari penamaan calon dan Selat Klang merupakan kerusi selamat untuk BN.

Meru ditandingi calon Umno, Md Ghazali Amin yang berdepan dengan calon PAS, Abdul Rani Osman.

Menurut sumber-sumber, masalah utama di situ ialah pertukaran calon yang dibantah oleh sebahagian ahli Umno bahagian tersebut.

Pada 2004, kerusi tersebut ditandingi Datuk Jaei Ismail yang mendapat 11,850 undi untuk menewaskan calon PAS Dr Abdul Rani Osman dengan majoriti 4,099 undi.

Sumber-sumber itu menjangka, wujud undi protes dalam kalangan ahli Umno dan sekali gus akan menjejaskan prestasi BN di Kapar.

Meru mempunyai 29,745 pengundi dengan 60.4 peratus Melayu, Cina (27.5%) dan India (12%).

BN juga dilaporkan menghadapi saingan hebat di palimen Petaling Jaya Utara yang dipertahankan oleh calon BN-MCA Chew Mei Fun.

Majoriti pengundi Cina

chew mei fun sos damansara visit 200208 answersChew, timbalan ketua wanita MCA, menghadapi cabaran hebat daripada calon DAP, Tony Pua.

Parlimen itu mampunyai 76,618 pengundi dengan majoriti Cina (96.7%), Melayu (15.4%) dan India (6.4%).

Sehinggga ini, jentera pilihanraya BN mengkategorikan kawasan tersebut sebagai 50-50.

Begitu juga dengan parlimen Pandan yang dipertahankan oleh naib presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat yang dicabar calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud, juga presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Pandan mempunyai 64,497 pengundi dengan majoriti seimbang antara pengundi Melayu (49.34%) dan pengundi Cina (45.4%).

Parlimen tersebut bermasalah apabila dua kerusi DUN bawahnya – Cempaka dan Teratai – berdepan perasaan tidak puas hati akibat pertukaran calon.

Saingan sengit

Umno meletakkan calon muka baru di DUN Cempaka, Nosimah Hashim, dan dicabar calon PAS, Iskandar Abdul Samad.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN sebelum ini, Datuk Mad Aris Mad Yusof, dengan majoriti 6,010 undi untuk menewaskan calon PKR, Mohd Fauzi Yusoff.

Cempaka mempunyai 33,526 undi dengan majoriti pengundi Melayu (58.4%), Cina (35.5%) dan India (5.5%).

Teratai juga diwakili muka baru dari Gerakan, Datuk Dr Lum Weng Keong, seorang exco Selangor, bagi menggantikan calon parti itu sebelumnya Yap Soo Sun yang menang dengan majoriti 2,241 undi.

dap ceramah in usj 12 040308 crowdKatanya, faktor pertukaran calon juga mempengaruhi kecenderungan pengundi di DUN Batu Caves dalam parlimen Gombak. MIC meletakkan muka baru, T Mohan, untuk mempertahankan kerusi tersebut, menggantikan calon lama, V Jagarasah.

Di Gombak Setia pula, calon Umno Yuszahari Mohd Yusoff menghadapi saingan hebat dari calon PAS Datuk Dr Hassan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Kerusi parlimen di dua kawasan ini, Gombak, ditandingi oleh naib presiden PKR Azmin Ali berdepan Said Anuar Said Ahmad (BN).

BN juga menghadapi cabaran hebat apabila berdepan calon-calon popular DAP, Teresa Kok (Kinrara) dan Ronnie Liu (Pandamaran) serta Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama).

Parlimen Serdang turut dikategorikan sebagai bermasalah untuk BN ekoran pertukaran calon MCA di situ. Ia mungkin terjejas akibat undi protes.

Pada 2004 MCA memenangi kerusi tersebut melalui calonnya Datuk Yap Pian Hon, yang juga bekas naib presiden MCA, dengan majoriti 11,260 undi.

Beliau digantikan muka baru Datuk Hoh Hee Lee yang akan dicabar oleh calon DAP Teo Nie Ching.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: