Pengundi Gombak Setia berpendidikan, berinformasi – sokong BA

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali tidak bimbang untuk mendapatkan undi daripada pengundi Melayu, Cina dan India di kawasannya memandangkan pengundi di situ merupakan pengundi yang berpendidikan dan penuh dengan informasi.

Image

Dr Hasan, yang bertanding di N17 Gombak Setia, berkata Gombak Setia merupakan kawasan pinggir bandar dan bandar, di mana penduduknya melayari internet dan blog, selain antara yang menerima dan mengagihkan informasi sesama mereka.

“Saya percaya sebagai pengundi yang berpendidikan dan biasa mengagih-agihkan informasi , mereka juga bijak dalam memilih pemimpin yang akan menentukan masa depan mereka. Bagi saya, maklumat itu kuasa, maklumat itu kemenangan,” kata beliau kepada wartawan di pondok panas, di Pinggiran Batu Caves, Gombak, petang semalam.

 

Image

Mengulas lanjut potensinya memenangi kerusi panas itu, Dr Hasan berkata dari awal kempen lagi pihaknya telah menerima banyak sokongan daripada pelbagai peringkat, sama ada muda, tua, Cina, Melayu dan sebagainya yang mengatakan bahawa beliau boleh berpotensi untuk mendapatkan kerusi tersebut.

“Sudah enam minggu di sini, belum ada lagi yang kata saya akan kalah. Ramai menjangkakan yang saya akan menang besar di sini dan saya harap ia menjadi kenyataan 8 Mac ini,” tegas beliau dalam nada yakin.

Menyentuh soal lawan beliau, Dr Yuszahari Yusoff, Dr Hassan berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana beliau tidak mengenalinya.

Dr Hasan berkata, beliau tidak mahu mengenali calon lawannya bagi mengelakkan beliau menyerang peribadi pihak lawan.

“Cukuplah saya mengenalinya ketika penamaan calon hari itu. Saya tak kenal dia, tak tahu latar belakang dia, tak tahu kelayakan dia. Bagi saya, kalau kenal nanti, kita ‘terteropong’ dia dan banyak menyerang dia. Jadi, biarlah saya tak kenal dia dan dalam siri kempen saya tidak pernah menyentuh soal peribadi beliau. Dan saya akan meneruskan pendekatan tersebut,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pondok panas di Pinggiran Batu Caves dengan melepaskan belon yang memuatkan janji-janji BA serta logo PAS dan KeADILan ke udara.

Program pelancaran itu menyaksikan kehadiran pelbagai pihak masyarakat, termasuk dari kaum Cina dan India.

Malah, dalam masa yang sama, petugas-petugas BA di pondok panas berkenaan turut mengedarkan risalah Kempen dan pelbagai risalah lain kepada pengguna yang melalui kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: