Pengundi Gombak Setia berpendidikan, berinformasi – sokong BA

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali tidak bimbang untuk mendapatkan undi daripada pengundi Melayu, Cina dan India di kawasannya memandangkan pengundi di situ merupakan pengundi yang berpendidikan dan penuh dengan informasi.

Image

Dr Hasan, yang bertanding di N17 Gombak Setia, berkata Gombak Setia merupakan kawasan pinggir bandar dan bandar, di mana penduduknya melayari internet dan blog, selain antara yang menerima dan mengagihkan informasi sesama mereka.

“Saya percaya sebagai pengundi yang berpendidikan dan biasa mengagih-agihkan informasi , mereka juga bijak dalam memilih pemimpin yang akan menentukan masa depan mereka. Bagi saya, maklumat itu kuasa, maklumat itu kemenangan,” kata beliau kepada wartawan di pondok panas, di Pinggiran Batu Caves, Gombak, petang semalam.

 

Image

Mengulas lanjut potensinya memenangi kerusi panas itu, Dr Hasan berkata dari awal kempen lagi pihaknya telah menerima banyak sokongan daripada pelbagai peringkat, sama ada muda, tua, Cina, Melayu dan sebagainya yang mengatakan bahawa beliau boleh berpotensi untuk mendapatkan kerusi tersebut.

“Sudah enam minggu di sini, belum ada lagi yang kata saya akan kalah. Ramai menjangkakan yang saya akan menang besar di sini dan saya harap ia menjadi kenyataan 8 Mac ini,” tegas beliau dalam nada yakin.

Menyentuh soal lawan beliau, Dr Yuszahari Yusoff, Dr Hassan berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana beliau tidak mengenalinya.

Dr Hasan berkata, beliau tidak mahu mengenali calon lawannya bagi mengelakkan beliau menyerang peribadi pihak lawan.

“Cukuplah saya mengenalinya ketika penamaan calon hari itu. Saya tak kenal dia, tak tahu latar belakang dia, tak tahu kelayakan dia. Bagi saya, kalau kenal nanti, kita ‘terteropong’ dia dan banyak menyerang dia. Jadi, biarlah saya tak kenal dia dan dalam siri kempen saya tidak pernah menyentuh soal peribadi beliau. Dan saya akan meneruskan pendekatan tersebut,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pondok panas di Pinggiran Batu Caves dengan melepaskan belon yang memuatkan janji-janji BA serta logo PAS dan KeADILan ke udara.

Program pelancaran itu menyaksikan kehadiran pelbagai pihak masyarakat, termasuk dari kaum Cina dan India.

Malah, dalam masa yang sama, petugas-petugas BA di pondok panas berkenaan turut mengedarkan risalah Kempen dan pelbagai risalah lain kepada pengguna yang melalui kawasan berkenaan.

Advertisements

Ingauan ’99

 

“Apa PAS boleh buat? Dulu semasa Dato’ Ismail Kamus menang, tiada apa-apa pun pembangunan dan pembaharuan di Gombak Setia.”

Begitulah pertanyaan seorang Wanita UMNO yang sempat di temui oleh Dato’ Hasan Ali dalam salah satu majlis ziarah yang di adakan dua hari lepas di sebuah kawasan dalam DUN Gombak Setia.

Memang tidak dapat di nafikan bahawa tiada apa yang dapat dilakukan kalau pembangunan fizikal di jadikan kayu pengukur untuk memilih calon bagi mewakili sesuatu kawasan itu terutamanya dari pihak ‘pembangkang’. Dato’ Dr. Hasan Ali yang juga merupakan Ahli DUN Sungai Burung dan juga Ketua Pembangkang pada masa itu menjelaskan bahawa Ahli-ahli Dewan Negeri dari parti pembangkang telah di NAFIkan peruntukan RM1 juta setiap DUN. Ini lah perangai dan sikap hodoh UMNO and Barisan Nasional Selangor yang di ketuai oleh Dato’ Seri Khir Toyo.

Rata-rata masyarakat kurang faham dan tidak di beri faham bahawa untuk membolehkan apa jua cadangan yang di gariskan dalam Manifesto Barisan Alternatif Selangor hanya akan dapat di realisasikan sekiranya Barisan Alternatif dapat menubuhkan kerajaan negeri. Perubahan akan hanya dapat dilihat sekiranya rakyat Selangor seluruhnya memberi mandat kepada Barisan Alternatif  untuk menarajui pemerintahan Negeri Selangor. Tiba masa untuk Berubah.