Sokongan Semakin Padu

Sehingga kini, semua aktiviti-aktiviti seperti ziarah, ceramah kelompok, ceramah besar yang di adakan sekitar DUN Gombak Setia oleh PAS dan Keadilan mendapat sambutan di luar jangkaan. Walaupun kadangkala hujan turun namun ia tidak dapat menghalang masyarakat untuk turut sama dalam program yang di jalankan TANPA menjemput artis untuk memancing orang ramai untuk turut serta dalam program mereka.

UMNO  semakin gusar dan kini berusaha sedaya upaya untuk memutihkan Parlimen Gombak yang menjadi hitam dalam senarai mereka. Seperti biasa, UMNO dan Barisan Nasional terpaksa menjemput artis-artis bagi menarik minat orang ramai.

Padang Taman Greenwood yang mana  beberapa hari dahulu diadakan tempat munajat dan ceramah pihak Barisan Alternatif semalam dijadikan pula tempat berhibur bersama Rakyat oleh Dato’ Seri Khir Toyo dan Kumpulan Senario. Memang salah satu mekanisma UMNO untuk meleka dan melalaikan masyarakat terutamanya bangsa Melayu adalah melalui hiburan. Di sinilah kerosakkan berlaku dalam sistem sosio-budaya masyarakat Melayu yang ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Advertisements

UMNO Tabur Duit??

Menurut sumber-sumber tertentu UMNO kini telah mula menabut duit kepada pengundi-pengundi atas pagar serta penyokong PAS yang mana mereka telah kenalpasti. Menurut sumber itu lagi, agen-agen telah dilantik untuk merayu serta menyogok pengundi-pengund tersebut bagi mendapatkan sokongan serta undi mereka di pilihanraya yang ke 12 Sabtu ini.

Perlu di ingat bahawa dalam keadaan terdesak pihak UMNO dan BN mampu menawarkan sogokan yang lumayan sehingga mencecah RM500. Mereka yang di sogok harap dapat melaporkan kepada talian 03 6188786 supaya pertualang agama, bangsa dan negara ini dapat di buru dan sepertinya.

Pengundi-pengundi di DUN Gombak Setia di nasihatkan supaya menerima apa sahaja pemberian mereka TETAPI pastikan undi anda adalah kepada calon-calon Barisan Alternatif ia itu PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).