Gelombang ’99 Kembali Lagi!

Puluhan ribu datang ke ceramah perdana malam semalam tanpa dibayar satu sen pun dan seolah-olah gelombang PRU 10 tahun 1999 berulang lagi. Berduyun-duyun datang seawal jam lapan malam bersama ahli keluarga, kecil dan besar. Ini memberi isyarat bahawa PRU 12 kali ini akan bakal menjadi satu PRU bersejarah yang dinanti-nantikan.

 

Semua golongan masyarakat samada Melayu, India mahu pun Cina turut sama mendengar ceramah yang diberikan oleh Calon-calon dari Barisan Alternatif ia itu Sdr Azmin Ali (Parlimen Gombak), Dato’ Dr. Hasan Mohd. Ali ( DUN Gombak Setia), Sdr. Hj. Saari Sungip (DUN Hulu Kelang) dan Sdr. Amirudin Shaari (DUN Batu Caves).

 

Ceramah dihangatkan lagi dengan kehadhiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan hujan yang turun sejak seawal jam 9 malam tidak menghalang masyarakat untuk terus duduk mendengar hujah-hujah yang di ketengahkan oleh calon-calon dan Dato’ Seri Anwar.

Advertisements