Gombak Menuju Kemenangan

Calon-calon BA bagi Parlimen Gombak dan 3 DUN di bawahnya sedang menuju landasan kemenangan jika tiada penipuan yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Landasan kemenangan ini boleh di rasai dengan sokongan bertali arus para pengundi di dalam Parlimen Gombak yang tidak pernah dirasai pada pilihanraya yang terdahulu.Ceramah-ceramah kelompok dan perdana anjuran BA mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari setiap penduduk yang kebanyakan mereka adalah pengundi di sini. Calon N17 DUN Gombak Setia iaitu YBhg.Dato Dr Hassan Ali telah menjelajah seluruh pelusuk Gombak untuk bertemu para pengundi yang telah berani memberikan ikrar untuk menyokong beliau dan calon-calon BA yang lain. Seseungguhnya perjuangan calon PAS ini yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga merupakan bekas pentadbir profesional telah memberikan keyakinan kepada para pengundi untuk membuat perubahan dengan mengundi BA pada PRU12 ini. 

                                         

Dengan sokongan padu rakyat tempatan dan masyarakat India dan Cina, maka suatu keyakinan pasti lahir dikalangan hati semua petugas bahawa cahaya kemenangan, cahaya keimanan akan menyinari bumi Gombak sedikit masa lagi sepertimana yang berlaku pada PRU tahun 1999 dahulu. Tidak terbayang difikiran penulis ada kaum India sanggup datang ke markaz PAS, menolong mengedar risalah, menggantung bendera dan sebagainya, rupa-rupanya tiada yang mustahil di dunia akan menjadi realiti dengan izin Allah.Bagi pihak BN pula dikhabarkan calon DUN Gombak Setia adalah calon lama yang ditentang oleh kebanyakan cawangan-cawangan Umno sehingga menyebabkan bilik gerakan mereka amat dingin sekali dan ini dapat dilihat dengan kekurangan mereka menggantung bendera, poster dan sebagainya. Biarlah mereke bercelaru sesama sendiri, yang pasti semua petugas BA meneruskan rentak ke hadapan, Jangan Pandang Belakang………….Semasa hari penamaan calon pun dapat dilihat kehadiran para penyokong BA dalam jumlah 3 kalai ganda dari penyokong BN seperti dalam tahun 1999 dahulu. Gombak menjadi perintis kemenangan dan insyaAllah kita mengharapkan seluruh Selangor akan diterangi cahaya bulan. Berilah peluang kepada BA memerintah…..bertekadlah untuk membuat pilihan yang baru untuk menuju perubahan.Biarlah BN menjadi cemas…………….kepada anak-anak muda berilah sokongan anda kepada BA. Para petugas pula teruskanlah perjuangan suci ini, bersusahalah, berdolah dan bertawakkallah kepada Allah swt. InsyaAllah bumi Selangor akan dirahmati cahaya keIslaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: