Ini Bukan Lakonan

 Sekumpulan kaum India di Batu 8 berkumpul malam tadi  meluahkan sokongan merekepada PAS dan Keadilan dalam pilihanraya akan datang. Sepertimana yang telah di sebut sebelum ini sokongan kaum lain sangat menggalakkan dan memberansangkan dan ini memberi satu isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat negara ini baik Melayu, Cina dan India telah membuka mata mereka dan mereka tidak sanggup lagi tertindas dan di zalimi. Mereka telah melihat bagaimana gelagat pemimpin Barisan Nasional semakin hari semakin rakus mengaut keuntungan hasil dengan kedudukan mereka tetapi masyarakat masih di takuk yang lama. Begitukah ciri pemimpin yang sebenarnya?

Advertisements

Terima Kasih PAS Pinggiran Batu Caves

Di kala kehangatan suasana Pilihanraya Umum ke12, seperti mana-mana pilihanraya yang lalu samada pilihanraya kecil atau umum, pihak Barisan Nasional sentiasa mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka. Sogokan dan gula-gula pilihanraya seperti jalanraya, balairaya, kain pelikat dan sebagainya termasuklah wang ringgit ditaburkan kepada pengundi sebagai umpan untuk mengumpan mereka.

Terkini, di Pinggiran Batu Caves di DUN Gombak Setia salah satu kubu kuat PAS telah dihadiahkan penurapan jalanraya ‘pilihanraya’ baru yang  telah ditagih selama 14 tahun.

Begitulah perangai buruk Barisan Nasional yang jelas tidak ikhlas dan ‘tengok bulu’ dalam pemberian hak masyarakat. Inikah yang di sanjung oleh rakyat negara ini?

Gombak Menuju Kemenangan

Calon-calon BA bagi Parlimen Gombak dan 3 DUN di bawahnya sedang menuju landasan kemenangan jika tiada penipuan yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Landasan kemenangan ini boleh di rasai dengan sokongan bertali arus para pengundi di dalam Parlimen Gombak yang tidak pernah dirasai pada pilihanraya yang terdahulu.Ceramah-ceramah kelompok dan perdana anjuran BA mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari setiap penduduk yang kebanyakan mereka adalah pengundi di sini. Calon N17 DUN Gombak Setia iaitu YBhg.Dato Dr Hassan Ali telah menjelajah seluruh pelusuk Gombak untuk bertemu para pengundi yang telah berani memberikan ikrar untuk menyokong beliau dan calon-calon BA yang lain. Seseungguhnya perjuangan calon PAS ini yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga merupakan bekas pentadbir profesional telah memberikan keyakinan kepada para pengundi untuk membuat perubahan dengan mengundi BA pada PRU12 ini. 

                                         

Dengan sokongan padu rakyat tempatan dan masyarakat India dan Cina, maka suatu keyakinan pasti lahir dikalangan hati semua petugas bahawa cahaya kemenangan, cahaya keimanan akan menyinari bumi Gombak sedikit masa lagi sepertimana yang berlaku pada PRU tahun 1999 dahulu. Tidak terbayang difikiran penulis ada kaum India sanggup datang ke markaz PAS, menolong mengedar risalah, menggantung bendera dan sebagainya, rupa-rupanya tiada yang mustahil di dunia akan menjadi realiti dengan izin Allah.Bagi pihak BN pula dikhabarkan calon DUN Gombak Setia adalah calon lama yang ditentang oleh kebanyakan cawangan-cawangan Umno sehingga menyebabkan bilik gerakan mereka amat dingin sekali dan ini dapat dilihat dengan kekurangan mereka menggantung bendera, poster dan sebagainya. Biarlah mereke bercelaru sesama sendiri, yang pasti semua petugas BA meneruskan rentak ke hadapan, Jangan Pandang Belakang………….Semasa hari penamaan calon pun dapat dilihat kehadiran para penyokong BA dalam jumlah 3 kalai ganda dari penyokong BN seperti dalam tahun 1999 dahulu. Gombak menjadi perintis kemenangan dan insyaAllah kita mengharapkan seluruh Selangor akan diterangi cahaya bulan. Berilah peluang kepada BA memerintah…..bertekadlah untuk membuat pilihan yang baru untuk menuju perubahan.Biarlah BN menjadi cemas…………….kepada anak-anak muda berilah sokongan anda kepada BA. Para petugas pula teruskanlah perjuangan suci ini, bersusahalah, berdolah dan bertawakkallah kepada Allah swt. InsyaAllah bumi Selangor akan dirahmati cahaya keIslaman.