Ziarah Medik Bantu Penduduk Kurang Upaya

Gombak Setia, 9 Feb– Majlis Tindakan DUN (MTD) Gombak Setia melalui Pusat Khidmat Masyarakat telah mengadakan program Ziarah Medik ke beberapa buah rumah di sekitar Kg. Kerdas & Kg. Changkat di Gombak Setia. Program berbentuk khidmat masyarakat dengan memberi servis dan khidmat nasihat kesihatan secara percuma ini sudah lama di praktikkan oleh PAS di Gombak.

Melalui program kebajikan ini, masyarakat tanpa mengira kaum dan ideologi politik diberi khidmat kesihatan secara percuma oleh doktor-doktor perubatan yang turut bersama dalam program tersebut. Selain itu mereka juga bepeluang berbual dan beramah mesra dengan pimpinan PAS samaada diperingkat negeri atau pusat. Pada kali ini, penduduk terlibat berpeluang beramah mesra dan berkenalan dengan Pesuruh Jaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Hasan Ali dan Juga Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat.

Penduduk yang ditemui amat terharu dengan khidmat yang diberikan dan berharap agar program tersebut diterus dan dipergiatkan. PAS sebelum ini sememangnya komited dengan program-program kebajikan seperti ini dan berazam untuk memberi khidmat kesihatan secara percuma kepada rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah.

 

Advertisements