SPR diingatkan jangan ulangi kekotoran PRU11

Pilihanraya umum ke 12 bakal diadakan tidak lama lagi, rata-rata pemerhati politik meramalkan awal Mac adalah masa terbaik bagi Pak Lah mengadakan pilihanraya. SPR sudah menyatakan persediaan sepenuhnya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12. Oleh itu rakyat Malaysia mengharapkan satu pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di bawah kelolaan Tan Sri Rashid. Pilihanraya umum ke 11 telah menyaksikan suatu perjalanan demokrasi yang paling kotor dengan pelbagai penipuan dan perlanggaran undang-undang oleh SPR sendiri, ini bukanlah cakap-cakap tepi jalan atau kedai kopi bahkan dibuktikan di mahkamah.

Di DUN Gombak setia, petisyen yang di bawa oleh PAS berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan oleh SPR seperti pertukaran buku daftar pemilih dan tambahan masa 2 jam. Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Dato’ Md Raus Mohd Syarif ketika membacakan keputusan petisyen pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia berkata, pelanjutan masa mengundi itu adalah tidak sah dan daftar nama pemilih yang digunakan juga adalah tidak sah.

Walau bagaimanapun, Hakim tetap menolak petisyen tersebut dengan alasan pempetisyen gagal membuktikan dua kesalahan yang dilakukan oleh SPR itu boleh menyentuh (mengubah) keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional.

Oleh itu, walau apapun keputusan mahkamah, SPR diingatkan supaya tidak mengulangi kekotoran dan penipuan dalam pilihanraya akan datang!

saksikan video klip kekecohan akibat perlanggran undang-udang oleh SPR pada pilihanraya ke 11, 2004

 

One Response

  1. Apabila mereka terlalu rakus untuk terus berkuasa maka mereka akan terus melakukan apa sahaja walaupun mereka melanggar segala batasan tak kira batasan apa sekali pun. Mereka lupa sifat-sifat pemimpin yang dibawa oleh pemimpin Agong, Nabi Muhamad s.a.w. Mereka akan hilang pertimbangan sehingga sanggup menipu yang rata-rata menunjukkan sikap zalim mereka. Mereka terus tertawa terbahak-bahak meraikan kemenangan dan mencemuh yang kalah…TETAPI…

    Mereka LUPA…Mereka terus lupa dan hanyut bahawa setiap gerak geri dan tingkah laku mereka sentiasa dicatat oleh ALLAH s.w.t.

    Mereka lLUPA kemenangan hasil penipuan adalah laksana memakan gaji HARAM!

    Mereka LUPA bahawa sekiranya berterusan mereka begini, mereka sebenarnya mengundang bala Allah s.w.t. …

    Mereka LUPA bahawa lambat laun kebenaran akan muncul mengatasi kebathilan…

    Semuga Allah s.w.t melindungi kita dari di belenggu dan bala’ Nya diatas perbuatan-perbuatan manusia durjana ini. Ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: