PAS Bersama Masyarakat Tiong Hua di Gombak Setia

3 Februari, Seri Gombak – PAS dibawah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia hari ini telah mengadakan satu program jamuan & dialog bersama masyarakat tiong hua di Pasar Besar Seri Gombak. Program tersebut dihadiri oleh Sdr Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS ,Dato’ Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Dr Hatta Ramli, YDP PAS Gombak. Antara aktiviti program tersebut ialah penyampaian cenderahati dan risalah sempena tahun baru cina kepada pengunjung-pengunjung pasar, jamuan rakyat dan paling menarik ialah tarian naga.

Sebelum para pengunjung dihidangkan jamuan, mereka telah diberi penerangan berkenaaan hasrat dan tujuan PAS yang sebenarnya oleh Sdr Hu Pang Chaw dan Dato’ Dr. Hasan Ali. Lebih 200 masyarakat tiong hua menyertai program tersebut. Rata-rata pengunjung amat gembira dengan program yang dianjurkan dan mendapat penjelasan yang sebenar tentang PAS. Ada juga dikalangan mereka yang menyatakan secara terbuka untuk menyokong PAS setalah mendapat maklumat yang betul. Selain itu, Khidmat kesihatan secara percuma juga disediakan sepanjang program tersebut. Turut hadir pada program tersebut Sdr Kahirul Faizi, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPP Pusat dan Sdr Zahriezan, Ketua Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DPP Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: