Golongan Siapakah Yang Layak Mentadbir Masjid Dan Surau??

Gombak – Masjid Ar-Rahimah, Greenwood baru-baru ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas Surau-surau Kariah bagi sesi 2010-2013.

Majlis tersebut telah disempurnakan  oleh YB Dato’ Dr. Hassan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Menurut Hj Abd Rahman Nazir MAsjid Ar-Rahimah, sebanyak 9 buah surau yang telah berdaftar iaitu Surau Darul Falah Tmn Berjaya, Surau Al-Ehsan Tmn Desa Minang, Surau Al-Husna Tmn Selasih Fasa 1, Surau Ar-Rasyidin Tmn Gombak, Surau Al-Ehsan Flat Samudra, Surau Al-Ikhwan Tmn Samudra, Surau Al-Ehsan Apartment Casmaria & Tmn Samudra, Surau An-Naim Apartment Fiona Tmn Samudra, Surau Darul Muhajirin Tmn Selasih Fasa 2. Manakala 2 surau masih belum berdaftar iaitu Surau Sri Bt Caves & Surau Al-Izzah di Tmn Selasih Fasa 2.

Hj. Abd Rahman berkata, alhamdulilah sepanjang pentadbiran Y.B Dato’ Hasan di dalam Dun Gombak Setia, beliau banyak membantu mengimarahkan masjid dan surau-surau seperti memberi sumbangan dengan menaiktaraf infrastruktur surau dan masjid, menghadirkan diri  untuk menyampaikan kuliah serta membantu raktyat.

Semoga segala tanggungjawab,amanah  dan peranan yang telah Y.B Dato’ laksanakan telah memberi kepuasan kepada rakyat gombak dan seluruh selangor insya-ALLAH, katanya.

Sehubungan dengan itu, Y.B Dato’ Hasan telah memberi penekanan kepada semua yang hadir dalam ucapannya  dalam Majlis Penyerahan tugasan surau-surau  iaitu Matlamat sebenar pembinaan sesebuah masjid, peranan dan tanggungjawab AJK Masjid /surau dalam mengimarahkan masjid.  Firman Allah swt dalam surah Al-Jinn ayat 18 yang berbunyi:

Ertinya:

Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk tempat  (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

Sesuai dengan kedudukannya yang mulia iaitu sebagai rumah Allah swt dimuka bumi maka seluruh umat Islam sejak dulu hingga sekarang yang benar-benar faham akan kelebihan mengimarahkan nya tidak akan melepaskan peluang menyertai segala kegiatan suci yang diadakan didalam nya seperti menunaikan solat berjemaah, mendirikan solat jumaat, mengikuti majlis-majlis pengajian ugama disamping melakukan berbagai-bagai amal ibadah yang lain yang tujuannya semata-mata untuk menuntut keredhaan Allah swt iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Beruntunglah mereka yang merebut peluang ini didunia dan diakhirat.


Y. B Dato’ juga sering mengingatkan kepada qariah yang hadir dalam kuliah-kuliahnya mengenai Amaran Allah terhadap orang yang menghalang penggunaan Masjid.

Dalam surat Al-Baqarah, ayat 114, Allah berfirman,  Mafhumnya


Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. - Al-baqarah (114).


Dalam ayat ini menyebut nama Allah termasuklah berzikir, mengadakan majlis ilmu, tazkirah dan seumpamanya yang secara umumnya dikatakan mengimarahkan Masjid mempunyai pengertian yang amat luas iaitu merangkumi berbagai-bagai aspek diantaranya;


1. Mengusahakan pembinaannya;
2. Meluas dan mengubahsuai binaannya;
3. Memasang hamparan-hamparan yang munusabah didalamnya;
4. Menyalakan lampu-lampu pada waktu malam;
5. Mengunjunginya beramai-ramai pada tiap-tiap waktu solat;
6. Duduk didalamnya dengan niat ‘itikaf;
7. Berbuat amal ibadah didalamnya;
8. Mengikuti majlis-majlis pengajian ugama didalamnya;
9. Berkhidmat menjaga kebersihannya; dan
10. Mengawal ketenteraman dan kehormatannya.


Kelebihan orang yang mengimarahkan masjid masa hidup didunia

Sebuah hadith riwayat At-Tabrani dari Abu Dardak bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya, Masjid-masjid itu sebagai rumah orang yang bertaqwa, Allah swt menjamin orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan ketenangan hati, kesenangan dan kepuasan, mudah menyeberang sirot menuju tempat keredhoan Allah dalam syurga.

Kelebihan orang yang mengimarahkan masjid diakhirat

Ketika menjelaskan 7 (tujuh) golongan hamba Allah yang diberi peluang bernaung dibawah ‘arash diakhirat kelak, Rasulullah saw bersabda, satu dari 7 golongan tersebut adalah:


Orang yang hatinya sentiasa berpaut (teringat) dengan masjid iaitu orang yang setiap kali lepas menunaikan solat berjemaah dimasjid sebelum keluar, ia berazam hendak berjemaah lagi dimasjid diwaktu berikutnya.

Siapakah yang benar-benar berkelayakan mengimarahkan masjid?


Ciri-ciri kelayakan orang yang dapat mengimarahkan masjid dalam erti kata yang sebenarnya menurut Al-Quran surah At-Taubah, ayat 18 berbunyi,

Ertinya,

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.


Orang-orang beriman pergi kemasjid tujuannya hanya satu iaitu menuntut keredhoan Allah swt dengan melakukan berbagai-bagai jenis ibadah didalamnya seperti mendirikan solat, membaca Al-Quran, membaza solawat, bertasbih, berzikir, berdoa, mengikuti majlis ilmu dan sebagainya. Disamping beribadah mereka juga sentiasa berwaspada menjaga adab kesopanan semasa berada didalam masjid sesuai dengan kedudukannya sebagai rumah Allah, tempat yang mulia dimuka bumi.

Y. B Dato’ Hasan juga amat berharap agar pengerusi-pengerusi surau baru yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dan amanah ini dengan sebaiknya dan tidak merasa kecewa apabila dikritik. Anggaplah setiap kritikan orang pada kita adalah satu motivasi untuk memperbaiki diri kita kearah kebaikan.

Selain daripada itu beliau juga mengharapkan agar  penegerusi-pengerusi masjid & surau perlu membuat penilaian pentadbiran dalam menjalankan tugasan bagi mencapai KPI yang kita “turget”  untuk mencapai matlamat yang lebih baik, katanya.

Semoga dengan penyampaian ucapan tazkirah ini dapat membuka  pintu hati, minda  kita dalam menjalankan tanggungjawab, amanah yang telah diberikan. Sesungguhnya amanah itu amat berat tetapi akan menjadi ringan apabila dilaksanakan dengan baik.

Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: