“Pendekatan Umat ISLAM Kepada Non Muslim dan Orang Asli dalam penyebaran Dakwah

P9140405

15hb September, 2009-Pusat Khidmat DUN Gombak Setia melangkah dari setapak ke setapak untuk menghulurkan bantuan kepada Warga yang memerlukan batuan sempena membuat persediaan hari Raya Aidilfitri. Pada hari ini YB Dato’ Hasan bersama Kakitangan Pusat Khidmat DUN Gombak Setia membuat program Ziarah dan solat terawih bersama Orang Asli Bt 16 disamping itu memberi sumbangan kepada mereka.  Program hari ini juga YB Dato’ sempat memberi ruangan tazkirah “Pendekatan Umat ISLAM Kepada Non Muslim dan Orang Asli dalam penyebaran Dakwah” Bukan setakat orang ISLAM dibandar saja yang layak menerima sumbangan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri malahan mereka sebagai orang Asli yang duduk jauh di bandar ini sentiasa diberikan perhatian dan juga didekati walaupuna ada yang masih belum memeluk ISLAM. Semoga dengan  usaha pendekatan YB Dato’ dan kakitangan yang kerap mengadakan program bersama mereka akan terbuka pintu hati mereka untuk menerima ISLAM, semoga hidayah ALLAH diberi kepada mereka 1 hari nanti insya-ALLAH.

Dengan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Ilahi, Tuhan semesta alam, selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW, seluruh keluarga baginda, para sahabat dan para pengikut setia baginda sepanjang zaman.

Alhamdulillah, Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Mengetahui, penulis sesungguhnya amatlah bersyukur kerana dengan izinNya tercetus idea dan terus berikhtiar sedaya upaya setakat  selekas mungkin yang termampu untuk menyebarkan dakwah Islamiah secara yang setakat ini saya fikir amat strategik dan berkesan dengan sentiasa mengikuti program YB Dato’ dan semua sahabat-sahabat seperjuangan semoga akan bertambah kekuatan untuk menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebagai khalifah insya-ALLAH.

Sesungguhnya di kalangan umat Islam hari hari amat ramai sekali cerdik pandai Islam dalam kepelbagaian bidang; tetapi YB dato’ berpendapat amat jarang sekali di kalangan para cendakiawan Islam hari ini memokuskan dakwah Islamiah kepada orang bukan Islam khususnya terhadap golongan terpelajar dan bermahiran tinggi terutamanya di sasarkan kepada negara-negara maju.

Dalam konteks ini Yb Dato’ mengkhususkan dakwah Islamiah ialah berdakwah kepada orang bukan Islam, semoga memeluk Islam. Manakala Islahiah pula ialah meningkatkan pemahaman tentang Islam bagi mereka yang telah pun Islam. Sesungguhnya Islahiah inilah yang paling di tumpukan hari ini di negara-negara Islam dan agak ketinggalan terhadap dakwah Islamiah. Pada hal semasa nabi dahulu, dakwah Islamiahlah yang di dahului, kemudian disusuli dengan Islahiah. Kalaulah tidak kerana kesungguhan para pendakwah Islamiah berperanan sebelum ini, Islam tidak akan tersebar sepertimana hari ini. Mungkinlah hanya setakat di tanah Arab sahaja.

P9140419

Sekarang, orang-orang Islam umumnya tertindas dan akan terus ditindasi oleh orang-orang bukan Islam dari negara maju seperti Amerika dan Eropah. Penindasan itu sehinggakan menimbulkan pemberontakan fizikial, mengorbankan nyawa dan memusnahkan negara-negara Islam itu sendiri yang tidak sepatutnya berlaku!

Persoalannya di sini mengapakan kita tidak berfikir menyerang mereka dengan psikologi dakwah Islamiah. Percayalah! Mereka yang maju dan bukan Islam itu  akan tunduk dengan kebenaran dan sesahihan fakta serta kemurniah Islam dan Insya Allah mereka akan dengan rela hati memeluk Islam sebagaimana yang telah terbukti di sana sini . Jawapan yang perlu diberi disini ialah tidak ada seorang pun di kalangan para cerdik pandai yang bukan Islam, memeluk Islam tanpa dahulu meniliti dan membandingkan Islam dengan agama yang dianutinya dan juga dengan agama-agama lain. Maksudnya ialah Perbandingan Agamalah yang mempengaruhi mereka memeluk Islam iaitu bilamana ditelitinya dengan perbadingan bahawa agama Islamlah yang sahih dan murni. Ramai mereka yang memeluk atas faktor ini.

P9140420

Sesungguhnya kemasukan (pemelukan) golongan cerdik pandai bukan Islam kepada agama Islam, amatlah signifiken sekali, Ini kerana kemasukan mereka adalah dengan membawa kepakaran sains dan teknologi di samping  kebiasaannya juga dengan kekuatan ekonomi. Oleh itu kita tidaklah perlu berperang dengan negara-negara maju yang bukan Islam yang menindas Islam. Apa yang kita perlu ialah penyebaran dakwah Islamiah kepada mereka. Untuk ini kita janganlah takut kepada bayang-bayang sendiri.

Penulis yakin dengan pematapan Perbandingan Agama, Islam akan terus tersebar secara aman di dunia ini dan Islam akan bangkit menguasai dunia dalam masa yang lebih pantas, dengan syarat, kegiatan dakwah Islamiah secara berstrategik dan berteraskan pasikologi boleh berperanan secara meluas.

P9140427

Penulis dengan penuh Yakin  dengan Tazkirah yang disampikan oleh YB Dato’ Hasan semoga Islam tetap akan menguasai Dunia, Insya Allah tanpa mengahadapi peperangan …. Mungkin  Formula AS3P  akan berbisa menangkap selera untuk berbicara mencari kemurnian hakiki di mana  Islam akan mengatasi segala-galanya di dunia ini dalam masa 50 – 100 tahun lagi dengan izin Allah!

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa sengkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri makkah).Dan engkau melihat menusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memujiTuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya,sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat”


Koleksi Foto pemberian sumbangan kepada Warga Orang Asli


P9140435

Perjalanan yang beribu-ribu batu itu dimulakan dengan langkah yang pertama.


P9140437

Sumbangan kepada kaum ibubapa dan anak2 orang Asli.


P9140446

Taklimat oleh Ketua Kg Orang Asli sebelum penyampaian sumbangan.


P9140450

Mohreh bersama penduduk orang Asli.


Editor : Khaulah Azwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: