Kerajaan Negeri Selangor akan ambil alih sekolah menengah agama

ImageKUALA LUMPUR,22 April (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih semula Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir sendiri, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato’ Muhamad Khusrin Munawi.

Katanya, pengambilalihan itu adalah satu keperluan bagi kerajaan Selangor memandangkan bilangan murid sekolah menengah semakin bertambah.

Tambahan pula katanya, memberi pendidikan agama setakat darjah enam tidak mencukupi.

“Kita amat perlu mendidik anak-anak ini kerana pada peringkat 13 hingga 17 tahun mereka memerlukan pendidikan.

“Kalau kita tidak memberi pendidikan yang secukupnya maka berlakulah gejala anak-anak muda yang melepak di pasar-pasar raya, masalah keruntuhan akhlak dan sebagainya,” katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Pelajar Sesi 2007 di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Allam, pada Sabtu, 14 April lalu.

Katanya, pada usia tersebut, jika tidak diberi pendidikan yang secukupnya kaum remaja akan mengalami keruntuhan akhlak dan sebagainya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri yang baru sekarang akan menambah sebanyak 40 buah sekolah agama yang dijangka siap pada tahun 2010.

Ini katanya, bagi menampung permintaan pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah agama.

“Dengan kemampuan yang kita ada dan bilangan sekolah yang ada, kita hanya dapat menampung kira-kira 60 peratus bilangan pelajar ke sekolah agama.

“Jadi kerajaan negeri sedang berusaha untuk menambah kemudahan-kemudahan tersebut,” katanya.

Oleh sebab itu, beliau berharap di bawah kerajaan baru (Pakatan Rakyat) akan berlaku banyak lagi perubahan demi memantapkan syariah Islam.

Dalam pada itu katanya, dalam menangani masalah sosial yang semakin gawat melanda umat Islam, setiap orang Islam perlu bersama-sama pergiatkan usaha dakwah untuk menjadi umat yang cemerlang.

ImageMalah katanya, kerajaan negeri membenarkan Jais mengadakan program-program agama khususnya mewujudkan program forum perdana di setiap daerah.

Katanya, forum pertama yang akan dianjurkan ialah di Stadium Melawati, Shah Alam pada 27 April ini dengan menampilkan ahli panel terkenal, antaranya, Dato’ Haron Din dan Dato’ Ismail Kamus.

Selain itu katanya, kerajaan negeri akan memperkasakan pendidikan agama kepada seluruh masyarakat.

Usaha tersebut katanya, akan dilakukan sehingga kepada mereka yang berurusan di pasar-pasar malam.

Ini katanya, bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat sebagai seorang Muslim.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawab menyuburkan syariat Islam bukan saja terletak ke atas Jais tetapi ia menjadi tanggungjawab semua orang Islam.

“Jais hanya ada 70 anggota penguatkuasa untuk mentadbir urusan syariah dan undang-undang jenayah syariah.

“Jadi mustahil untuk kita mengawal dan melaksananya tanpa kerjasama daripada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, selaras dengan pentadbiran kerajaan baru yang dilihat lebih mudah untuk perkasakan syariat Islam, Jais akan mengadakan program seperti usrah di jabatan-jabatan kerajaan setiap hari.

Sementara itu dalam majlis konvokesyen tersebut seramai 221 pelajar menerima sijil masing.

Penerima-penerima sijil berkenaan terbahagi kepada tujuh bidang iaitu Talaqi al-Quran Tinggi, Taranum al-Quran Lanjutan, Bahasa Arab Asas, Taranum al-Quran Asas, Talaqi al-Quran Pertengahan dan Talaqi al-Quran Rendah.

Dalam majlis tersebut turut diisytiharkan Md Amin Abdul Rahman alJarumi, 61, sebagai Tokoh Keilmuan.

Dato’ Mohamed Khusrin turut menyampaikan sijil-sijil kepada pelajar yang disaksikan bersama Imam besar Masjid negeri, Shah Alam. – mks.

About these ads

7 Responses

  1. syabas JAIS dan Dato’ Muhamad Khusrin diatas perubahan baik ini! nampaknya JAIS sudah mula bebas dari cengkaman politic songsang dan sempit. Rakyat pasti ternanti akan perubahan ini!

  2. Macam membodek jer ayatnyer…..org jais kenal sangat amat tu…

  3. apa yg dibuat kerajaan pemerintah adalah utk kebaikan bersama, khusus umat islam. justeru perlu ada check n balance dlm membangunkan ummah agar landasan yg diikuti mampu membawa ke syurga. mainan politik selalunya mudah tersasar. rakyat perlu pandai menilai agar pilihan yg dbuat akan menjamin masa depan cemerlang.

  4. salam perjuangan, ana guru di sek agama rakyat johor, masih dlm keadaan gaji yg rendah. perancangan kerajaan pusat untuk jadikan sar sebagai sek agama bantuan kerajaan,hilang entah kemana. xde siapa nak bantu kami, harap kerajaan negeri selangor berkongsilah pandangan di sini khusus untuk meningkatkan taraf sar.

  5. Syukur di malaysia masih ada manusia yang hidup mewah dengan mengingati Allah.Semoga perancangan ini terlaksana dengan bantun Allah. Abdikan diri kepada Allah selama nafas masih berhembus,nadi masih berdenyut.

  6. Apapun tindakan yang bakal diambil, yang penting kebajikan murid dan guru mesti diutamakan. Terutamanya bagi murid-murid yang tinggal di asrama dan kena pastikan jumlah guru mencukupi bilangannya serta memastikan hanya guru terlatih sahaja ditempatkan di sekolah-sekolah agar murid tidak tertinggal matapelajaran yang boleh menjejaskan pencapaian mereka dalam akademik dan sahsiah.

    kebajikan guru juga perkara wajib di beri perhatian, terutama kenaikan pangkat kepada yang layak. Kadang-kadang saya simpati dengan guru-guru JAIS ni dimana mereka tidak naik pangkat atau gred jawatan sampai pencen serta kemudahan-kemudahan lain. Kalau boleh biar ada guru-guru JAIS yang layak dilantik ke gred JUSA sebagaimana yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran, baru WORLD dan meningkatkan komitmen guru-guru.

    Saya yakin selepas ini, kerajaan Selangor akan menyediakan pendidikan percuma sepenuhnya di sekolah-sekolah JAIS sejajar dengan imej negeri berkebajikan memandangkan sekarang ini yuran untuk sekolah-sekolah JAIS samada sekolah rendah atau menengah amat tinggi dan membebankan.

    Sokong ambil balik sekolah JAIS dari kementerian…Sokong pendidikan PERCUMA sepenuhnya. Takbirrrrrrrrrrrr.

  7. Saya amat berharap isu Masjid Cina Muslim dijadikan agenda serius oleh Kerajaan Selangor . Saya yakin dengan tertegaknyanya Masjid Cina , bukan sahaja ia akan berfungsi sebagai masjid bahkan ia akan menjadi medan dakwah yang berkesan bagi menarik orang-orang cina mendekati islam. Berapa ramai mutakhir ini telah menunjukkan minat terhadap islam tetapi tidak mendapat perhatian dan penerangan yang cukup sehingga bukan sedikit pula bilangan yang kembali murtad. Manalah tau suatu ketika nanti akan lahir satu generasi yang lebih komited kepada islam menggantikan umat melayu islam semakin bercelaru sekarang ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: