
“Apa PAS boleh buat? Dulu semasa Dato’ Ismail Kamus menang, tiada apa-apa pun pembangunan dan pembaharuan di Gombak Setia.”
Begitulah pertanyaan seorang Wanita UMNO yang sempat di temui oleh Dato’ Hasan Ali dalam salah satu majlis ziarah yang di adakan dua hari lepas di sebuah kawasan dalam DUN Gombak Setia.
Memang tidak dapat di nafikan bahawa tiada apa yang dapat dilakukan kalau pembangunan fizikal di jadikan kayu pengukur untuk memilih calon bagi mewakili sesuatu kawasan itu terutamanya dari pihak ‘pembangkang’. Dato’ Dr. Hasan Ali yang juga merupakan Ahli DUN Sungai Burung dan juga Ketua Pembangkang pada masa itu menjelaskan bahawa Ahli-ahli Dewan Negeri dari parti pembangkang telah di NAFIkan peruntukan RM1 juta setiap DUN. Ini lah perangai dan sikap hodoh UMNO and Barisan Nasional Selangor yang di ketuai oleh Dato’ Seri Khir Toyo.
Rata-rata masyarakat kurang faham dan tidak di beri faham bahawa untuk membolehkan apa jua cadangan yang di gariskan dalam Manifesto Barisan Alternatif Selangor hanya akan dapat di realisasikan sekiranya Barisan Alternatif dapat menubuhkan kerajaan negeri. Perubahan akan hanya dapat dilihat sekiranya rakyat Selangor seluruhnya memberi mandat kepada Barisan Alternatif untuk menarajui pemerintahan Negeri Selangor. Tiba masa untuk Berubah.
Filed under: Uncategorized


