PERANCANGAN MENAIKTARAF TANAH TERBIAR DIJADIKAN TAPAK FUTSAL

Gombak – Untuk mencari sesuatu tempat dijadikan kawasan  riadah bukan semudah itu, ia mengambil masa yang agak lama. Setelah diperhati 2x melawat kawasan yang terbiar di Kg. Kerdas, YB Dato’ Hasan telah menemui satu tapak yang sesuai untuk dijadikan padang futsal untuk kegunaan penduduk.

Lawatan YB DHMA selaku Adun Gombak Setia bersama MPS, JKR, JPS, Pej Tanah, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Nazir Masjid dan Ketua-ketua kg.,  baru baru ini bagi melawat kawasan di Kg Kerdas yang mengalami masalah banjir ekoran daripada pembinaan rumah dan pengalihan longkang yang mengakibat tanah terhakis.

Selain daripada itu, untuk melihat kawasan tapak futsal yang tidak dinaiktaraf dan kawasan Unit Holtikultur Hiasan & Ladskaping yang tidak diuruskan lagi.

YB DHMA,  berpendapat daripada kawasan tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa dibangunkan kembali lebih baik dinaiktarafkan kawasan berkenaan untuk didirikan kawasan riadah/ padang futsal untuk kegunaan masyarakat setempat, terutamanya bagi kegunaan generasi muda daripada mereka membuat aktiviti yang tidak berfaedah.

Beliau berkata ketika lawatan tersebut diadakan, dengan adanya tapak futsal insya-allah gejala sosial dikalangan anak muda akan berkurangan.

YB DHMA telah meminta pihak JPS, MPS , Pej. tanah untuk menyemak kembali siapakah pemilik tanah tersebut. Adakah tanah “reserve” /persendirian.

En. Hirman daripada JPS Gombak, telah memaklumkan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan “reserve” yang dahulunya adalah dimiliki oleh JPS Wilayah. Namunpun begitu,  beliau akan menyemak lebih terperinci status tanah tersebut. Laporan tersebut akan dibentangkan dalam mensyuarat bersama MPS pada minggu hadapan.

Beberapa orang penduduk dan ketua Kg yang hadir bagi meraikan kedatangan YB DHMA bersama semua pengiring beliau merasa gembira dan amat berharap kawasan tersebut dapat dinaiktaraf segera untuk kebaikan masyarakat setempat.

Editor :Khaulah Azwar

Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Infrastruktur di Kg tengah 1

Gombak – Kehadiran YB Dato’ YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam / Adun Gombak Setia  bersama MPS, JPS, JKR, Pej. Tanah, Ahli Majlis, MPS di Zon Gombak,  Ketua-ketua Kg., Nazir Masjid  baru-baru ini di Kg. Tengah 1,  bagi  melihat kawasan-kawasan bermasaalah serta menaiktaraf infrastruktur sedia ada dari satu tempat ke satu tempat di sekitar Gombak.

Ketibaan YB Dato’ telah disambut oleh Ketua Kg dan beberapa orang penduduk di Kg. Tengah bagi melihat sistem perparitan yang masih tidak dinaiktaraf.

YB Dato’ telah difahamkan oleh penduduk dan ketua kg. bahawa laluan jalan raya  yang sediada, adalah terlalu sempit kadangkala menyebabkan kenderaan akan berselisih dan terpaksa berundur untuk memasuki kawasan pedalaman di Kg. Tengah.

Ekoran daripada pemasalahan tersebut,  kenderaan yang melalui kawasan berkenaan sering sahaja  masuk dalam parit/longkang kerana  lampu jalan yang tidak terang  dan longkang juga tidak dinaiktaraf.

Selain daripada itu,  apabila musim hujan, banjir juga mudah berlaku dan air longkang telah memasuki rumah penduduk disekitar kawasannya.

Ahli Majlis, MPS Zon 11 Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong apabila meninjau di kawasan tersebut terutama melihat di dalam longkang beliau berkata ” Sikap masyarakat yang sukar diubah  kerana tidak mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan  walaupun disekitar rumah sendiri”.

Walaupun kerap diadakan kempen kebersihan alam sekitar tetapi masyarakat masih tidak dapat membuang sikap mereka dan kesannya adalah kawasan mereka dihinggapi Lalat,  Air sukar mengalir apabila sampah sarap dibuang dalam longkang ini menyebabkan Nyamuk Aedes   mudah membiak dan akhirnya kawasan berkenaan dikatakan Kes Demam denggi tertinggi.

Beliau melahirkan rasa kesal keatas sikap masyarakat yang kadangkala sering mengatakan bahawa Ahli Majlis MPS, JPS tidak mengambil perhatian diatas pemasalahan yang berlaku apabila dibuat aduan.

Tetapi adakah mereka sedar bahawa setiap aduan dibuat telah diambil perhatian oleh pihak berkuasa tetapi yang tidak memberi kerjasama adalah diri kita sendiri yang suka membuang sampah merata tempat. Sikap negatif ini sukar dibendung oleh mereka sendiri.

Pn Khatifah berkata lagi, seandainya  kita semua bekerjasama, ambil berat terhadap kebersihan alam sekitar, insya-ALLAH tidak berlakunya masalah longkang tersumbat dan lain-lain.

Beliau berkata ketika bersama membuat lawatan di Kg. tengah bersama YB Dato’ dan semua agensi ” Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan masalah kemelut hidup. Kita perlu cari dimana puncanya atau tujuannya. Kita perlu kembali ke pangkal ” Back to Basic” bermula daripada diri sendiri.

Mari kita selami dan kenali siapa kita yang sebenarnya ” Untuk membaiki dunia, baikilah manusianya. Dan untuk membaiki manusia baikilah hatinya.” Masalah manusia bermula dan berpunca daripada hati” katanya.

Setelah mendengar dan melihat kawasan berkenaan, YB Dato’ telah memberi cadangan agar  pihak JKR, MPS, JPS membuat laluan sehala sahaja dan bagi masalah longkang pula beliau berpendapat perlu dinaiktaraf dan longkang tersebut perlu ditutup. Lampu jalan juga harus dibaiki untuk keselamatan pengguna jalan raya  dan penduduk.

Editor : Khaulah Azwar

YB DHMA “Melawat Kg Kerdas 5, Atasi Masalah Banjir”

Gombak – Prihatin terhadap permasalahan yang menimpa kepada penduduk. Setiap aduan yang dibuat telah diambil perhatian oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ehwal ISLAM Adat-Adat Melayu,Infrastruktur Kemudahan Awam.

Baru-baru ini, beliau bersama  pihak MPS, JPS, Nazir Masjid, Ketua-Ketua Kg, Ahli Majlis, MPS telah turun padang bagi melihat kawasan  yang kini  sering mengalami masalah banjir di lot 404, 2651 dan beberapa kawasan lot yang berhampiran.

YB Dato’ serta semua pengiring beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Kg. Kerdas  5 (En. Majid) bahawa masalah ini berlaku berpunca daripada perparitan dan saluran air yang tidak terancang dan tidak diuruskan dengan sempurna disebabkan  pihak yang tidak bertangungjawab telah mengalihkan longkang asal yang berada di lot (Tanah Pak Abu) Ke sempadan lot 404 dan lot 2651   untuk menjalankan kerja-kerja membina rumah di lot tersebut.

YB Dato’ difahamkan oleh En Majid, bahawa pengalihan longkang tersebut belum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ekoran daripada pembinaan tersebut telah menyebabkan tanah-tanah bersebelahan iaitu di lot 404, lot 2651 dan di lot-lot yang lain telah terhakis dengan teruknya sekali gus telah merosakkan harta benda dan mengancam nyawa penduduk sekitarnya.

Selain daripada itu Hjh Rahani salah seorang daripada penduduk yang berhampiran lot tersebut menyatakan begitu kesal diatas   apa yang berlaku.  Kesan daripada pembinaan ini, telah membuatkan beberapa orang penduduk sekitar telah  berpindah kawasan lain  kerana penduduk merasa bimbang keatas keselamatan nyawa mereka memandangkan tanah tersebut semakin terhakis dari semasa ke semasa walaupun mempunyai rumah dan tanah sendiri.

Setelah mendengar dan melawat kawasan tersebut YB Dato’ telah meminta Ketua Kg agar mengeluarkan surat bantahan keatas Tn Tanah   & ditandatangani daripada semua penduduk sekitarnya.

Selain itu  beliau meminta pihak Ketua Kg, JPS siasat terlebih dahulu siapakah milik Tn. Tanah tersebut agar mudah utk membuat urusan dan tindakan seterusnya.

En. Hirman daripada JPS Gombak telah memberi cadangan agar  surat bantahan yang dikeluarkan oleh Ketua Kg dan penduduk tersebut diberi pada MPS, JPS dan Pej Tanah dan akan dibawa kedalam mesyuarat OSC untuk tindakan.

YB Dato’ meminta pihak penduduk,  Ketua Kg, dan Pn. Rahani agar bersabar diatas apa yang berlaku dan  YB Dato’ akan atasi masalah ini sebaiknya.

Editor : Khaulah Azwar

Adun Melawat Tapak Futsal Kg. Changkat

Gombak – Permainan Futsal merupakan permainan yang top-10 pada masa kini kerana ia terbuka kepada semua golongan tidak kira tua dan muda, lelaki /perempuan.

Tetapi kadangkala membuat masyarakat merasa kesal sekiranya tempat rekrasi untuk riadah tiada disediakan. Ini yang menyebabkan berbagai gejala sosial wujud kerana aktiviti yang berfaedah tidak diadakan.

Oleh yang demikian, atas kesedaran itu pihak YB Dato’ sentiasa memikirkan dan mencari tapak yang bersesuaian untuk kebaikan masyarakat setempat setiap kali, beliau menghadirkan diri di Kawasan Gombak.

Terdapat beberapa kawsasan yang telah menjadi perhatian beliau dan beberapa orang penduduk kg. YB Dato’ telah membuat Lawatan ke tapak futsal yang telah dibuat baru-baru ini. Beliau telah diiringi oleh Ketua Kg Changkat (En Zainal Abidin), MPS, JKR, JPS,Pej Tanah, Ahli Majlis, MPS Zon Gombak, Nazir Masjid dan Kakitangan PKM Dun Gombak Setia.

YB Dato’ telah difahamkan oleh Ketua Kg. En Zainal bahawa kawasan tersebut telah dimohon oleh penduduk kepada JPS Kaw. Wilayah tetapi penduduk merasa kecewa permohonan tersebut tidak diluluskan atas alasan kawasan tersebut tidak sesuai.  Dengan faktor yang diberikan tidak bersesuaian,  penduduk tidak menghiraukan perkara tersebut dan telah menggunakan kawasan berkenaan walaupun terdapat kekurangan di tapak tersebut kerana tidak dinaiktaraf.

Apabila YB Dato’ bersama semua pengiring beliau melihat kawasan berkenaan ternyata tidak benar kenyataan yang diberikan oleh pihak JPS Wilayah kerana jelas kelihatan kawasan berkenaan adalah terlalu luas, sesuai digunakan oleh masyarakat. Selain daripada itu YB Dato’ menyatakan kawasan berkenaan tidak menghalang lalu lintas dan keselamatan pengguna juga terjamin.

YB Dato’ memberi cadangan meminta En Hirman daripada JPS Gombak, JKR,  MPS, Ketua Kg agar mengadakan mesyuarat  bersama JPS Wilayah untuk membincangkan tapak futsal tersebut. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh YB Dato’.

Beliau bersama semua yang melawat kawasan berkenaan merasakan ini adalah tempat yang paling sesuai dan amat berharap agar tidak menjadi halangan kepada beliau bersama penduduk untuk menubuhkan tapak futsal untuk kebaikan semua pihak  dan mengelak berlakunya gejala sosial terutamanya anak-anak muda zaman ini, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Adun melawat Sistem perparitan di Kg Changkat

Gombak – YB Dato’ bersama MPS, Ahli Majlis, MPS Zon Gombak, JKR, JPS, Pej. Tanah, ketua-Ketua Kg. Nazir Masjid telah membuat lawatan ke Kg. Changkat bagi melawat sistem perparitan yang tidak terkawal dan tidak dinaiktaraf.

Lawatan tersebut dibawah Ahli Majlis, MPS  Zon 7 (Pn. Maznah) telah menyatakan jika perparitan tersebut tidak dinaiktaraf dibimbangi air lonkang, najis akan naik kerumah kawasan penduduk.

YB Dato’ telah meminta agar pihak MPS, JPS dan JKR untuk mengambil tindakan segera agar menaiktaraf sistem perparitan tersebut untuk kebaikan penduduk sekitar.

Jika tidak diambil perhatian beliau khuatir musim hujan terutamanya pasti air longkang/najis akan melimpah ke kawasan perumahan penduduk. Ini tidak harus berlaku dan harus diperbaikikan sistem perparitan berkekaan, katanya ketika membuat lawatan tersebut.

Editor : Khaulah Azwar

Bimbang Jika projek perumahan dibina di Kaw. Public Area

Gombak – Bertindak sebelum terlambat dan  bagi mengelak terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini. Rasa tidak  kepuasan hati dan kebimbangan telah menyelubungi  Penduduk Tmn Selasih 1 apabila dimaklumkan bahawa  kawasan “Public area”  akan dijadikan perancangan membina 7 unit  buah rumah teres berhampiran Surau Al-Husna dibawah Syarikat Pemaju Tajaria.

Bantahan tersebut telah disuarakan kepada pihak MPS baru-baru ini oleh penduduk sekitarnya dan di serahkan kepada pihak MPS oleh Pn. Maznah (Ahli Majlis, MPS Zon 7, En. Kamal B. Hj Mohamad Pengerusi Surau Al-Husna, Dr Yusof Mohamad & Hj. Mustapha. Salinan  surat berkenaan telah diberi kepada pihak YB Dato’ Hasan / Adun Gombak Setia baru-baru ini sebagai makluman dan untuk diambil tindakan susulan bersama pihak MPS.

En. Kamal Ahli Jawatankuasa surau, telah memaklumkan bahawa  tindakan tersebut dibuat atas ingin menjaga keselamatan penduduk kerana kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan kawasan perumahan ” Public Area”.

Beliau berkata, sekiranya pihak pemaju meneruskan hasrat tersebut dibimbangi nyawa penduduk akan terancam lebih-lebih lagi kawasan berkenaan yang merupakan kawasan lalu lintas kenderaan awam.

Selain daripada itu terdapat berbagai aspek yang akan berlaku juga sekiranya pihak pemaju tidak meneliti secara terperinci dan memikirkan kesan baik dan buruknya sebelum membuat projek perumahan.

Oleh itu beliau dan beberapa orang penduduk yang telah menandatangani surat bantahan tersebut amat berharap pihak YB Dato’ dan pihak MPS dapat mengambil tindakan segera sebelum terlambat.

YB Dato’ Hasan telah menerima aduan tersebut dan beliau   akan turun padang bersama MPS, JKR, JPS, Ahli Majlis bagi melihat kawasan berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan untuk kebaikan semua pihak.

Editor : Khaulah Azwar